penyebok

15 August 2011

Malam Semalam

Semalam aku telah mengikuti satu program IMAD kat uptown. padahal nak kutip stiker je. bukan ikhlas pergi. HAHAHA. tak baik siak aku ! haihh. ikhlas laa. kalau tak ikhlas, tade nya aku tunggu sana sampai habis program tuh :P korang tahu program apa tuh? haa, meh nak citer cikit. dorang tayang video pasal Hari Kiamat (sudahkah anda bersedia?) haa, mampu ke tidak korang? HAHAHA. agak TERSENTAP ehh aku bila tengok video tuh. yelaa, aku kan manusia macam orang lain juga, banyak buat dosa kan. tiba-tiba terkena batang hidung sendiri plak kan. mana tak tersentap dik non oii ! haa !

yang buat aku touching pasal video tuh bila ada part yang dorang tayang ada satu negara nie semua rakyat die tengah sembahyang. sembahyang kat mana-mana !! bukan saja dalam masjid je penuh, tapi kat tepi-tepi jalan raya pun penuh dorang sembahyang. tengok tuh, betapa takutnya dorang kat Allah. dah sembahyang kat tepi jalan, pastuh dorang menangis lagi masa tengah sembahyang tuh. sampai bekerut-kerut muka dorang menahan nangis. tuh time sembahyang dorang menangis. masa tengah doa lagi laa dorang nangis gila-gila. perhh, agak berlinang juga laa airmata aku nie tengok dorang. sampai macam tuh sekali dorang nak tunaikan tanggungjawab dorang sebagai hamba Allah. kita ada sampai tahap macam tuh tak? kita sembahyang ke? persoalan sangat kan. serius nak meleleh juga lah airmata aku nie, tapi aku tahan sebab depan orang ramai. malu laa aku :p

tuh citer pasal sembahyang. nie citer pasal seksaan kat dalam neraka. tapi lakonan saja laa. tapi agak real ehh. dorang tunjuk semua seksaan dalam neraka tuh. ada yang kene minum air yang bergelegak panas. ada yang kene potong tangan. kene ketuk tangan sampai hancur. macam-macam laa. laki pompan die tunjuk kan. agak ngeri kot ! eee, serius takut ! tapi buat juga jahat kan? haihh. macam dah insaf je aku masa tuh. takut nak buat jahat. tapi tak juga. lepas je habis tayang tuh, ada student dari IMAD tuh kasi tazkirah kejap. pastuh semua buat tatahu je. semua main HP. tak layan budak tuh. haihh. siap perli-perli lagi budak yang kasi tazkirah tuh. kesian budak tuh. padahal baru je tengok video tadi nie. HAHAHA. apa laa. masa tengok video tuh, semua macam tekun je tengok, macam takut je nak bua dosa. tapi berapa minit lepas tuh, hampehhh !! semua ke mana dah ! haram tak ingat pasal video tadi. haihh.

*nak gosip sikit, masa aku beli makanan nak buka semalam kan, member aku cakap yang die tak suka kat sorang budak nie. tiba-tiba die citer kat aku. macam tahu-tahu je kan aku nie pun ... HAHAHA. kesian kat budak yang tak sukai tuh. semua tak suka die. haihhh. :D motif citer pasal bende nie? HAHHA okay, bye :P

14 August 2011

Bersalah

Mmm, kenapa aku selalu buat kau touching dengan aku? selalu sangat. tak pernah buat kau happy dengan aku. ada je masalah bila kau dengan aku. kenapa mesti aku yang mulakan dulu? tadi jumpa pun, mula-mula best. dok gelak-gelak. kau pun hairan kenapa aku suka sangat harini. tapi bila lama-lama lepak, semua nya tukar jadi lain. mesti ada perselisihan faham. masing-masing nak marah je. ada yang tak puas hati ini, ada yang tak puas hati itu. macam-macam laa. aku minta maaf kalau aku layan kau tak sama macamana aku layan kawan aku yang lain. aku tade niat atau tegamak aku nak buat apa yang semua kau fikirkan pasal aku. cuma aku risau kau berubah. aku rasa kau paham kalau kau baca blog aku nie. tak pernah aku rasa bosan dengan kau. tak pernah telintas aku nie kawan dengan kau sebab terpaksa or apa pun. aku memang suka kawan dengan kau. kau sangat baik dengan aku ! sangat dan terlalu baik ! syukur sangat aku ada kawan dengan kau. cuma Allah je tahu camner perasaan aku bila ada kawan macam kau.

tadi jumpa agak tegang yee kitorang. masing-masing muka marah dan tak puas hati. aku sangat kesian dengan die sebab berhadapan dengan perangai aku ni yang ntah apa-apa. aku memang agak teruk layan die camtuh. saja nak cari gaduh dulu. memang salah aku pun. tapi aku tahu, walaupun aku buat die camtuh, die tetap nak lepak dengan aku. tetap nak jumpa dengan aku. sometimes kalau kawan aku touching dengan aku, die akan buat bodoh dengan aku. dorang akan buat yang aku tahu dorang tengah bengang dengan aku. tapi die nie tak, die touching dengan aku, die tetap layan aku macam biasa. tak pernah tunjuk die tuh bengang dengan aku. aku je buat die terluka dengan aku. kenapa ntah dengan aku nie?

aku bila masuk Uitm nie, aku sangat rasa aku dah jadi lain dah. aku bukan Fiqri yang ada kat JB lagi. tapi bila balik JB, aku jadi aku yang dulu. bila balik Uitm, aku jadi orang lain. sangat lain. aku bukan aku. haa, macam tulaa. kalau kawan aku kat JB tuh tengok cara hidup aku kat Uitm macamana, mesti dorang hairan dengan aku. PENDIAM !! HAHAHA. tade laa pendiam. tapi more to menyendiri. aku pun tatahu kenapa aku macamnie. lain sangat ! sebab tuh aku suka sangat balik JB. aku tak suka kat sini. sebab aku jadi orang lain. aku tanak jadi orang lain. aku nak aku yang kat JB ! tapi bila aku kawan dengan die, aku rasa selesa dan sangat dihargai. memang die hargai aku. memang die nice gila dengan aku.

dan kawan, aku minta maaf atas apa yang aku dah buat kau selama kau kenal aku. dari mula kau kenal dengan aku, aku tak pernah buat kau happy. ada je pasal aku buat. aku minta maaf sangat-sangat. dan aku harap sangat kau tak berubah kalau kita lepas nie tak jumpa lagi dah. aku minta maaf sekali lagi pasal harini dan pasal aku lukakan hati kau. aku sorry sangat-sangat ! aku sayang kau. sayang kau sangat-sangat ! sebab aku tahu kau pun sayang aku. sayang macam mana kau sayang dengan kawan kau yang lain. aku pun sama. i'm so sorry

Kasi tahu

haa, tajuk citer kali ini 'Kasi Tahu'. kasi tahu apa? haa, baca lah apa yang aku nak tulis nie. HAHA. baru tahu aku nak kasi tahu apa. tade pape pun. cuma aku nak kasi tahu apa yang aku tak suka. itu je. HAHAHA. apa? korang tanak tahu? babi !! korang baca juga !! penat aku taip panjang-panjang korang tanak baca pula !! kipmat ehh ! erghh ! gampang gila aku suruh orang baca aku nya citer. HAHAHA. ape daa ! okay, straight to the point. straight ke korang? HAHAHA. macam sial kan ! HHAAHA. camnie, aku cukup pantang kalau orang kawan dengan aku hanya time DUKA SAHAJA !! time kau tengah sedih-sedih, time kau tengah bosan dengan orang lain, time kau tengah touching dengan orang lain ! itu cukup aku pantang okay ! pastuh time kau suka, riang-ria raya bersama kawan kau, kau ada ingat aku? ada terfikir pasal aku? harammm !! memang kiamat lah kalau ada kan ! aku tak suka orang camtuh !! selalu sangat aku kene camtuh. macam kipmat pasir gudang betul laa !! kau kawan dengan aku sebab apa haa?! kalau aku tahu korang kawan aku macam nie, tengok jelaa apa yang aku nak buat ! kalau tengah happy tuh, ketawa sana-sini, mampus tade ingat aku langsung. bukan kata nak mesej, ingat pun tak !! pastuh bila kau bengang dengan member kau, kau cari aku. luahkan apa yang kau rasa. macam pantat benanah betul lah !! kan aku dah mencarut lucah nie !! astaghfirullahazimm ! aku panas hati ehh dengan orang macam nie !! memang aku diam kan dulu, tapi kalau aku tahu memang niat kau nak kawan dengan aku sebab buat syarat je, ikot suka kau je nak kawan dengan aku. haa, jangan nyesal laa weyhh !! kau tunggu jelaa ! mulut aku nie 'baik gila' ! haa, jangan lah buat camtuh yee. nak kawan dengan aku, kongsi je semua. suka ke, duka ke, citer je dengan aku. jangan time duka, rapat dengan aku bukan main nie. time kau suka macam budak-budak dapat baju raya, kau biarkan je aku. memang .... !! dah lah !! itu je aku nak kasi tahu ! okay bye !! selamat berpuasa esok !! raya jemput datang rumah ehh. tapi rumah aku kat bandar, mampu ke nak datang ke bandar? HAHAHAHAHAH

13 August 2011

Aku letakkan Abang tuh dalam diri aku.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir. 7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan. 13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital. "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. "Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!" Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia Abang pada tahun 2007. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. "Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang. "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum. "Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

Sahur Bersama

Malam tadi MPP ada buat sahur bersama MPP. so, dapat makanan FREE !! kitorang apa lagi arr, ambek jelaa kan ! HAHA. aku turun dengan izul ambek makanan tuh pastuh beli hotdog nak kasi anak kucing yang tempang tuh makan. sian kucing tuh. comel pun comel. pastuh aku tak naik makan kat atas sebab dah janji dengan adam nak sahur kat bawah. so, izul je makan kat atas. kat bilik pun ama ada. takan nak biarkan ama sorang-sorang kat bilik. so, aku makan dengan adam kat tempat biasa kitorang lepak. lepas makan, lepak lah, apa lagi nak buat ! HAHA. tapi malam tadi lepak sangat tak best okay ! macam apa je lepak malam tadi ! diam and buat muka tatahu je. masing-masing tanak cakap. erghh ! nie semua pasal petang semalam tulaa. haihhh. tak habis, sampai bawak ke malam. lepak malam pun tade semangat je. aku kan memang pendiam. HAHA. lama juga laa diam je kat bawah tuh. haihh, bengong aku. pastuh lama sangat diam, datang anas lepak sama. baru laa ada topic nak borak. itu pun sekejap je. sebab sejuk sangat kat bawah tuh. so naik dengan tak happy. aku biasa je. HAHA. masuk bilik tengok ama ada kat bilik tengah tengok movie. izul kat bilik die tengah kemas baju nak pergi rumah mak angkat die harini. pastuh kat bilik makan lagi nie. dalam pukul 3 baru naik bilik. pastuh teringin nak makan mee sedap. kebetulan ama bawa. aku apa lagi, minta satu laa. tapi ama suruh masak 3 bungkus ! memang terbaik ! HAHA. aku pun buat laa mee tuh. korang nak tahu aku rendam mee tuh pakai apa? pakai jag air ! HAHAAHA. sebab tade mangkuk nak guna. amir botak pinjam mangkuk aku tak pulang-pulangkan lagi. HAHAHAHA. tak boleh blaa kan ! pastuh sampai kembang gila mee tuh aku biarkan. dok nyanyi-nyanyi lagu Jar of Heart sampai lupa mee tuh. HAHAHA. pastuh taruk perencah die pun dalam jag air tuh juga. apa jenis laa kitorang nie. izul laa yang buat. die dok shake-shake jag tuh. siap menari lagi ! HAHAHAHHA. sumpah lawak ! HAAHA. pastuh makan pun dalam jag tuh juga. yaAllah ! dah macam apa dah kitorang nie. makan lah 3 orang. HAHA. kesian kan ! HAHA. last-last aku juga yang habis kan. sebab semua dah kenyang. izul makan nestum die. sedapppp !! lepas makan, semua kekenyangan telampau. HAHAHA. izul nak tido sebab harini kene bangun awal. yang aku dengan ama, dok online. ama cakap tayah tido laa fiqri ! aku pun tatido laa. tapi line tade, aku telelap. HAHAHA. masa tuh dah pukul 5 kot. overnight sekejap laa walaupun kat bilik. HAHAHA. ama je tatido. pastuh harini die overnight plak dengan budak silat die. izul pegi rumah mak angkat die. aku??? sorang-sorang kat bilik. :( adam pun buka kat luar harini. die ajak aku, aku memang nak follow, tapi die dah pegi dulu dah. aku lambat sikit. aku pun tak kasi tahu die awal-awal nak ikot. kan dah kene tinggal. haihh. so, buka hrini aku sorang-sorang. ama ajak aku ikot die overnight, aku tak ikot. izul ajak ikot die gi rumah mak angkat die pun aku segan nak ikot. adam pula tinggal kan aku. haihhh. bosannn nyaa !!!. tape laa !! dah biasa kene macam nie. buka sorang-sorang. HAHAHA. harini nak makan mee sedap pula. tapi nak beli kat mana? :(

12 August 2011

Bazar Ramadhan

meh baca. kali nie aku nak citer pasal bazar kat tempat aku nie. bukan nak citer apa laa. aku hari-hari pergi bazar. bukan atas kehendak aku. kalau ikotkan hati, memang tanak pergi sebab sangat bosan okay. hari-hari makanan yang sama. korang tak bosan ke makan bende yang sama je tiap hari. tolong laa. agaklah kalau lapar pun. selera tuh tukar-tukar laa. tak jemu ke hari-hari makan bende sama. ee, aku tak boleh blaa lah. nak celi kat DM pun sama juga. hari-hari lauk sama. dari sebelum puasa sampai la nie. haihhh, bosann nya !! aku nak masakan mak aku juga !! aku rindu masakan mak aku. aku nak dia masak nasi ayam untuk aku !! aku teringin sangat !! tanak dah makan kat DM or bazar !! tak sedap !! nak mak juga yang masak !! makk, datang lah sini !! qiqi rindu sangat-sangat nie !! tak sabar sangat nak balik JB okay !! ingatkan tanak pegi bazar sem nie. tapi tak boleh juga. orang ajak, aku kene pergi laa. tapi kalau pergi mesti belanja banyak. pastuh makan-makan, then muntah balik. sebab banyak sangat makan. apa laaa ! sebab tuh aku selalu buka makan kuih je. tade lah kenyang sangat, malam nak sahur baru makan nasi. okay ann? jimat pun jimat. diet pun diet. HAHAHA. tapi aku nak pergi bazar BBU. aku nak sangat !! pergi ngn member-member aku. sana meriah !! ramai orang kenal. sini ramai yang menyakitkan hati adalah !! HAHAHA. lagi-lagi tukang jual laksa paktam tuh. nak je aku celup brother tuh dalam periuk laksa paktam tuh. annoying gile !! mai laa, mai laa !! aku tuang juga kuah paktam yang hangat tuh kat dalam mulut die. biar duduk hospital tak datang jual lagi dah. gerammm sangat die cakap camtuh ! mai lah mai lah !! tade ayat lain ke. tahu lah agak sedap die nya laksa. tapi aku nak datang beli, pastuh dengar die cakap camtuh, terus lari aku !! meluat !!! erghh !! lepas habis bazar, die duk jual kat pasar malam pula !! bila die nak benti !!! erghhh !!

Kegiatan malam : melepak

malam tadi buat pertama kali aku dengan bestfriend aku tak bergaduh. tatahu kenapa. semalam kitorang happy je. pukul 12 sahur dekat tempat selalu kitorang lepak. aku lapar nasi malam tadi. die makan kek yang aku beli kat kedai IMAD semalam. borak sakan tanpa gaduh !!! perhh, memang ajaib aku rasa, HAHAHA. yelaa, selalu kalau kitorang lepak mesti betekak. tak pernah sekali pun aman. aku lah yang mula dulu. HAHAHA. aku dengan die nie sangat berbeza. apa yang die suka, aku mesti tak suka. ada je yang takena dengan kitorang nie tau. tapi aku seronok kawan dengan die. walaupun kadang-kadang menyakitkan hati aku ! erghh ! menyampah ! HAHAHA. walaubagaimanapun. die tetap kawan terbaik aku. thanks nok !! HAHAHA. tapi semalam je kitorang okay. tade gaduh ! tapi macam tak best sebab tade gaduh. rindu pula nak gaduh-gaduh nie. bukan gaduh teruk pun, just tarik2 muka je. touching sana, touching sini. semua pasal aku yang start dulu. HAHAHA. saja nak buat die sakit hati dengan aku. tapi tak juga. die tetap nak lepak juga dengan aku. hairan aku. padahal aku sangat lah teruk layan die. kesian die. fiqri fiqri. HAHAA. semalam je okay. ketawa sambil memerhatikan orang yang lalu lalang. then, mengumpat. HAHAHA. malam kelmarin pun best, lepak dengan Anas. Anas main gitar kitorang nyanyi. perhh, serius best ! Anas pandai main gitar. hebatt !! HAHAA. tapi tadi macam ...

11 August 2011

Malam 10082011

Pada malam ini, dengan bertemankan sahabat baik aku, menghabiskan masa untuk menunggu kedatangan hari esok. bergurau senda sambil ketawa melihat gelagat pelajar di Bidara ini. tanpa aku sedari hari semakin lewat malam. setiap kali aku ingin merasakan sesuatu yang indah, aku pandang ke langit untuk melihat bulan dan bintang. aku sangat kagum dan terpegun dengan gemerlapan bulan dan bintang ciptaan Yang Maha Kuasa. aku rasa sangat tenang apabila melihat bulan dan bintang yang menerangi malam aku tika itu. aku berasa sungguh gembira ! ketenangan ku rasakan. aku tak pernah sekagum begini apabila aku melihat bulan dan bintang. aku dan sahabat baikku pula berjalan mengelilingi sekitar kampus pada waktu jam 0100 pagi.

sedang berjalan, aku melihat lagi bulan dan bintang dengan tanpa jemu. aku berkata dengan sahabat baikku bahawa aku ingin mencapai salah satu bintang yang ada di langit itu sekarang. aku mahukan nya ! sahabat baikku hanya mampu gelak sahaja. tapi memang benar, aku memang mahu memiliki bintang itu. alangkah gumbira nya hati aku bila aku sudah dapat memiliki bintang itu. boleh kah aku mendapatkannya? aku berkata lagi kepada sahabat baikku itu. alangkah bahagianya hati aku sekiranya aku dengan seseorang sedang baring di satu bukit yang penuh dengan rumput yang menghijau, dan diselangkan dengan gelak tawa kita, sambil mengira bintang-bintang dilangit yang sedang bergemalapan dan diterangi cahaya bulan yang amat membuat ku merasakan dunia ini hanya aku yang punya. begitu manis bukan?

sahabat baikku hanya mampu tersenyum dengan gelagat aku pada malam ini. dia pun tidak tahu apa yang telah terjadi dengan aku. aku tidak seperti yang sebelumnya. tapi entah kenapa aku malam ini mahu merasakan seperti apa yang aku ceritakan tadi. sungguh jiwang aku rasakan. sahabat baikku tidak habis-habis mahu memerli aku. tapi aku tidak layan dengan dia. aku terus melayan akan perasaan aku itu. adakah waktu itu untuk aku? adakah peristiwa yang bermakna itu akan ada dalam hidup aku? adakah ia hanya sekadar khayalan aku saja? tetapi aku mengharap ia benar-benar berlaku. tetapi entah bila? biarlah masa yang akan menentukannya. dan aku terus dan tetap menunggu saat itu. saat yang aku impikan setiap hari.

09 August 2011

Kekasihku - Emak

Padamu kuharap
kau hadir dalam hariku,
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,
Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu.
Kasih kita ditakdirkan bersama,
Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku.
Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu.
Ke akhir hayatku.
Oh ibu..

08 August 2011

I want to know what love is

I gotta take a little time, a little time to think things over
I better read between the lines, in case I need it when I'm older
Now this mountain I must climb, feels like the world upon my shoulders
Through the clouds I see love shine, it keeps me warm as life grows colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've travelled so far, to change this lonely life

I Want To Know What Love Is, I want you to show me
I want to feel what love is, I know you can show me

I'm gonna take a little time, a little time to look around me
I've got nowhere left to hide, it looks like love has finally found me


Let's talk about love
The love that you feel inside
And I'm feeling so much love
No, you just can't hide
I Want To Know What Love Is !!
I want you to show me !!
I know you can show me !!