penyebok

24 February 2012

Adli rindukan arwah ibu dia

okay, aku tatahu kenapa aku tetiba sedih, sebak bila terbaca post kawan aku, Adli yang rindukan arwah ibu dia yang dah meninggal dunia tahun lepas. masa arwah ibu dia meninggal, kita 1 kelas pegi menziarahi Adli kat rumah dia. A dengan B semua turun. kat situ aku nampak Adli sangat tabah dan tenang dengan pemergian ibu dia. dia masih lagi boleh gelak ketawa bersama kita. bukan kerana dia suka ibu dia dah tade, tapi cuma tidak mahu terlalu nampak yang dia sedang bersedih di hadapan kita semua. aku kagum dengan Adli.

dalam perjalan pulang dari rumah Adli, aku terfikir didalam kereta. bagaimana perasaan aku kalau mak aku yang tade? apa?? mak aku dah tade?? ( yaAllah, jauhkan laa ). apa perasaan aku waktu itu? aku selalu bayangkan kalau mak atau abah aku yang pergi dulu sebelum aku. adakah aku dapat menerima nya? itu lumrah pada semua orang yang tak mahu kehilangan mak/ayah masing-masing kan. semua tanak kehilangan mak/ayah. tapi Allah nak uji keimanan kita. adakah kita nie terima dengan qada' dan kadar Allah? yaAllah, aku tatahu dengan keadaan aku waktu itu nanti.

mungkin Adli malam nie teringat dan rindukan ibu dia. apa perasaan die ehh? macam mana dia nak tempuh perasaan dia yang macam nie? aku yang baru duduk jauh dengan mak abah pun dah rindu tahap apa dah, tapi masih boleh jumpa bila cuti nanti. tapi kalau Adli, kalau dia rindu kan ibu dia, dia tadapat jumpa pun ibu dia masa cuti nanti. macam mana ehh? macam mana dia nak hilangkan perasaan rindu sangat kat ibu dia tuh?? weh, sakit weh rindu tuh. jangan dibuat main-main. boleh jadi gila kot.

macam kawan aku Amir, Dila, Aklep dan siapa lagi kawan aku yang telah kehilangan mak/ayah korang, aku harap korang sabar banyak-banyak. aku tahu perasaan korang. aku pun dapat rasa apa yang korang rasa. aku cuba untuk rasa apa yang korang rasa untuk aku bersiap sedia dihari kelak. yelaa, ajal nie bukan siapa yang tahu. kita tak boleh juga berdoa untuk jangan ambek mak/ayah kita sebab kita tak bersedia lagi. itu semua kerja Allah. Dialah yang menentukan segalanya. tapi kita nie sebagai anak, berdoa lahh untuk kesejahteraan mak/ayah kita. moga mereka dipanjangkan umurnya. sihat selamanya. insyaAllah.

bila bicara tentang ibubapa nie, aku mesti sensitif. mesti berlinang airmata aku. yelaa, siapa je tak sayang mak/ayah kan. mak, abah, qiqi nak minta ampun sekiranya qiqi tak cukup baik untuk menjadi seorang anak yang baik. anak yang taat kepada mak/ayah. anak yang lari dari tanggungjawab sebagai seorang anak. anak yang melawan mak/abah. qiqi minta maaf dan ampun seandainya qiqi tak sempurna menjadi sebagai anak yang mak/abah mahukan. banyak kesilapan qiqi dekat mak/abah. ampunkan qiqi mak, abah. moga mak abah dipanjang kan umur, dimurah kan rezeki dan disihatkan oleh Allah. aminnnn.

yaAllah, ambil lah nyawa aku sebelum Kau ambil nyawa mak/abah aku. itulah hasrat dan impian aku. aku mahukan mereka melihat kejayaan aku dan adik beradik aku yang lain. berikanlah aku berbuat bakti kepada mereka dahulu.

*qiqi sangat rindu dan sayangkan mak dengan abah :)


15 February 2012

after shooting



penat shooting, ini laa jadinya.
semua muka tak mandi 1 hari nya. HAHAHAHA
*bosan entry aku kali nie :(

14 February 2012

untuk mu Azura

baru je aku habis tengok citer nie. MOTIFFF aku tengok citer nie?? HAHAHAHAHAA. tade keje katanya. bosan, so aku layan laa citer nie. oldscool gitu ceritanya. HAHA. tade pape pun nak tulis entry kali nie. saja nak berkongsi cerita pasal kisah disebalik Azura nie. HAHAHAHAHHA.

mesti korang tertanya-tanya kenapa aku asyik duk HAHAHAHAHAHAHA lagi tadi. HAHAHAHAHA. HAHAHAHAHHA lagi. HAHAHAHAHA. okay cukup. tade, cuba korang tengok cerita nie balik. korang mesti rasa kelakar gila. dengan cara dorang cakap ala-ala saya awak saya awak gitu. dialog macam skema gila. eee, sumpah gila kelakar !

nie aku kasi contoh scene dimana yang kelakar nya. nie scene antara Amir dengan Razif. dua-dua kaki motor. rempit laa katakan. tapi meh baca dialog mereka. HAHAHAHAHA

Amir : Sorry Razif. Aku nak keluar dari kumpulan ini.
Razif : Kenapa, Mir?
Amir : I.. nak bina hidup baru Zif... Tapi, walau macamanapun.. I harap kita akan terus berkawan, Razif.
Razif : Tape laa Mir..
Amir : Sorry ( macam suara pondan. HAHAHAHAHHA )
Razif : I harap.. you success okay.

then dorang pun bersalam sambil berpeluk. KEJAP !! aku terfikir, macam nie ke mat-mat rempit kat luar sana bila dorang dengan kawan dorang. bapak arr, macam apa siakk !! kata raja jalan raya, tapi tengok ... HAHAHAHAHHAA. manalah aku tak bedekak !!! sekejap aku, sekajap I. apa tuhh !! HAHAHAHAHAHA. eeeuuuwww sangat ! HAHAHAHA. tak macam aku ketawa tengok citer tuh sorang. nasib baik tengok sorang2. ada feel sikit. haihhh

okay, yang ini lain plak. masa scene nie Zack feeling2 nak luahkan perasaan kat Azura. kau baca ayat nie. HAHHAAHHAHAHAHHAHAHAA. SUWIITTT gitu !! HAHAHHAA

"Azura, kalau kau jadi kekasihku, akan ku anyam buih-buih dilaut untuk dijadikan pengaras cinta kita. Bolehkah aku berbuat begitu?"

Haaa!!! apa korang rasa?? bagi perempuan laa. korang nak tak pakwe macam tuh?? romantik die tak pk plak ann. sampai nak anyam buih-buih dilaut segala. HAHAHAHAHAHA. lawak kot !! haiii, ini laa cerita lama. kalau pelakon die tengok balik filem nie, mesti dorang pun berdekak besar kot ! HAHAHAHAHAHA. tak boleh bla aku ! HAHAHAHA

tapi masa scene die nyanyi lagi Azura tuh. perhhh, feeling kot Jamal. aku pun turut feel gak ! HAHAHAHAA. motiff?? HAHAHA. best kot lagu die. untung laa orang yang bernama Azura. tade pun orang nak buat lagu Fiqri kan. hmmm..

kejap, masa tuh, Kak Ogy cantik okay !! meletop kot !! nak banding kan dengan sekarang, jauh gila kot beza die !! eeeuuuww !! HAHAHAHA. Kak Ogy memang cantik masa uhh. akak suka okay ! *e'eh, terpondan plak. HAHAHAHAHHAA. tahniah kepada cerita nie sampai membawa revolusi sampai Azura 2012. terbaikkk !!

AZURA ..... !!! hehehehe





12 February 2012

aku gay??


Kenapa Fiqri tade girlfriend?? wahhhh, soalan cepumas yang ditanya oleh salah seorang kawan aku. apa nak jawab nie?? depan-depan dia tanya soalan nie masa kat dalam studio. aku tak cakap pape pun. aku mampu senyum dan terus senyum. yelaa, tade jawapan nak cakap. pastuh dia terus post dalam Facebook soalan nie kat wall aku. aduhaii, soalan nie mengganggu fikiran aku sampai saat ini. apa aku nak cakap pasal girlfriend nie? susah nak jawab. sebab aku tade girlfriend. ke aku gay?? haaaaa !! HAHAHAHAHAHA


mesti semua terkejut kalau aku cakap aku gay kan. HAHAHAHHA. nak buat camner, dah lelaki je yang suka kat aku. perempuan tanak. terima jelaa. HAHAHAHAHAAHA. tak boleh blaa statement aku ! nak mati apa !! mampos kalau mak abah tahu. dah sah-sah aku kene halau rumah tak ngaku anak ! HAHAHAHAHAHA. tade laa, aku pun tatahu nak cakap kalau orang tanya aku nie dah ada girlfriend ke?? aku jawab jelaa, tade, belum ada jodoh kot.

aku bukan tanak ada girlfriend, cuma aku rasa belum tiba masa untuk aku mempunyai girlfriend kot. sebab matlamat aku adalah, aku nak kumpul harta dan membalas jasa mak abah aku dulu. nak tolong senangkan dorang, lepas dorang tanya aku pasal kahwin, baru aku akan fikir pasal girlfriend nie. tanak kusut kan kepala dengan masalah kalau bergaduh dengan girlfriend nanti. sebab pengalaman dengan dengar cerita dariapa kawan-kawan aku, buat aku rasa berhati-hati nak mempunyai girlfriend nie. paham kan? maybe aku suruh je mak abah carikan calon isteri untuk aku. aku akan terima seadanya. sebab aku nak bercinta lepas kahwin. ehh, aku nie romantik tau orang nya, HAHAHAHAHAHAHA. sweet tau. HAHA

memang aku selalu jiwang dalam blog ataupun dalam Facebook. memang selalu laa talk about cinta cintun nie kan. lawak kan? tade girlfriend tapi talk pasal cinta. maksudnya apa? HAHAHAHHAA. ntah laa, kadang-kadang perasaan nie tak boleh nak kawal. tak menentu datang nya. kadang-kadang mood cinta datang, mood marah datang, mood gay datang, HAHAAHAHAHA susah laa ! HAAHAHA.

so, sekarang nie aku ikot flow hidup aku. kalau ada jodoh, aku kahwin dan akan jemput korang semua. kalau dah takdir aku takan ada girlfriend sampai aku mati, nak buat camner, takdir Allah kan. terima dengan rela. yang aku nak buat sekarang ialah, nak buat duit banyak-banyak, nak bahagia kan mak abah aku baru aku nak fikir pasal kahwin, perempuan segala. bohong laa kalau tade rasa nak ada makwe kan. tipu sangat lah !! memang aku ngaku ada perasaan itu semua, tapi aku mampu luahkan dalam blog dan kawan-kawan. tak boleh nak buat apa. belum tiba masanya kot. insyaAllah ada bahagian untuk aku nanti. percaya pada takdir okay.

maybe aku lebih senang berkawan ataupun perempuan lebih senang berkawan dengan aku daripada bercinta dengan aku, HAHAAHAHAHA. ayat tak boleh blaa !! HAHAAHAHHAA. mungkin juga kan. tape, aku sabar dan terus bersabar. biar Allah tentukan segalanya. korang pun doakan laa aku cepat-cepat dapat jodoh. hehehehe. okay daaaa :)

08 February 2012

bukan diriku

setelah kufahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu
tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku
kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu
bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu
dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku
ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku

Jika tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang. Jika tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji. Jika tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan.

Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan. Pesan pada diri, usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tidak mengerti.

Sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati.

01 February 2012

talk about feeling - friends again

aku mesti akan merindui korang semua.

malas nak cakap pasal kawan-kawan. tapi apa nak buat, life aku banyak masa dengan kawan-kawan. almost everyday aku dengan kawan-kawan aku. sana-sini penuh dengan kawan-kawan. SEGALANYA PASAL KAWAN-KAWAN !

ada yang baik,
ada yang rapat,
ada yang depan baik,
ada yang tak baik,
ada yang nakal,
ada yang suka,
ada yang benci,
ada yang dicintai,
ada yang dilahanati,
ada yang celaka,
ada yang sejati,
sejati?? ada kah?? persoalan disitu. dah lama kawan pun masih tak memahami. katanya aku kawan baik nya. apa bagai. tapi haram !! hanya sekadar ungkapan je. lakonan !! what's your point haa? dah nampak kan segalanya aku buat untuk korang. tapi masih lagi meragui kesetian aku dengan kawan-kawan. haihhh

okay, now aku buat lantak lah !! lagipun dah nak habis belajar kan. lepas nie dah tak jumpa korang dah ! aku wish tak jumpa lah ! macam ada perjanjian yang kita hanya berkawan selama 3 tahun saja. lepas uhh, THE END ! suka kan?? itu yang kau suka kan?! okay, aku buat demi kau ! hanya Allah tahu apa aku buat untuk korang. banyak kali aku cakap bende alah nie. hanya Allahsaja yang tahu aku dengan kawan-kawan aku. lepas nie, korang nak lupakan aku pun, aku tak kesah !

p/s - aku takan lupakan kawan-kawan aku walaupun aku pernah bergaduh dengan mereka. walaupun kita berkawan hanya sekadar teguran sahaja.


08 January 2012

okay, dalam gambar nie tade aku. sedih gila !
memang laa tade sebab aku tak pegi !
aku terkilan, menyesal, rugi, segalanya !!!
sangat-sangat menyesal tak pegi !! padahal dah ada kat kolej dah !
itu pun tak pegi. citer die camnie.
aku dah bangun dah pagi tuh pukul 8. aku call dila.
then dila cakap dorang tak pegi. ngantok laa.
so, aku fikir mesti semua dak kelas aku tak pegi. last-last,
aiman pegi sorang. aku fikir aiman tak pegi juga. die pun tak mesej aku.
so, wakil kelas A, aiman sorang je. malu kot dengan dorang semua.
nanti apa dorang cakap pasal aku semua. ishh, nyesal gila laa tak pegi.
aiman citer dengan aku Foto Day semalam sangat best ! awesome !
tuh yang aku nak tengok tuh ! sekali tak dapat tengok juga !
aahhh !! nak nangis je ! lepas nie dinner aku kene join juga !
yelaa, department kita baru je nak unite balik kan.
so, kan best kalau ramai-ramai involved !
rugi, rugi, rugi !!!

01 January 2012

tahun baru lagi ?

hai, semua orang dalam Facebook cerita pasal tahun baru. semua wish tahun baru. azam baru laa. itu laa, ini laa. semuanya nak yang terbaik untuk tahun nie. yee, aku pun mengharap benda yang sama. mengharapkan tahun nie lebih baik daripada tahun lepas.

tahun lepas memang banyak dugaan yang aku terima. aku redha dengan ketentuan Illahi. tak perlu nak persoalan kan kenapa semua itu berlaku. sudah semestinya ada hikmah disebalik kejadian itu berlaku. dan aku percaya ada hikmah akan berlaku atas semua yang terjadi. banyak bende aku kene lupakan dalam ingatan aku. aku dah tanak bende alah tuh ada lagi dalam ingatan aku.

1 - pergaduhan dengan kawan-kawan.
2 - suka dengan orang yang tak pasti kewujudannya.
3 - salah faham dalam persahabatan.
4 - merindui sidia yang penipu.
5 - pembelajaran yang merosot.

itu semua WAJIB aku buang kan dalam diri aku. aku nak hapuskan segalanya. aku tanak bebankan dalam fikiran aku lagi. lagi-lagi merindui sidia yang penipu. itu sangat penting bagi aku untuk melupakan sidia. sebab rindu itu sakit. sakit tuh perasaan. paham??

so, what i want to achieve for this year is??

kita lihat apa yang akan belaku. aku tak berani nak kasi apa-apa harapan selagi aku tidak ubahkan diri aku yang semakin lama, semakin teruk. 1st aku kene buat ialah, UBAH PERANGAI AKU. UBAH CARA HIDUP AKU. UBAH SIKAP AKU ! itu yang aku nak perlu lakukan dalam tahun ini. selainnya, biar masa yang menentukan. mungkin aku tak hidup lama. siapa tahu kan? sebab tuh aku tak mahu nak katakan apa azam aku untuk tahun ini. selagi ada nafas, selagi tuh aku akan berusaha untuk mengubah diri aku kearah yang lebih baik.

kepada kawan-kawan aku yang pernah aku gaduh, aku minta maaf atas kesilapan aku, keterlanjuran aku, kebiadapan aku, keceluparan aku terhadap korang. itu yang aku mahukan untuk aku terus bahagia tanpa ada yang berdendam dengan aku. aku minta maaf dari hati aku. aku harap sangat korang dapat maafkan aku.

sidia, aku minta maaf sebab masuk dalam hidup kau untuk 2 tahun yang lepas. tak sedar kita dah kenal salama 2 tahun lebih. aku ingat lagi masa perkenalan pertama kita dulu. tapi itu aku kuburkan kerana ia menyakitkan hati aku. kata kau kepada aku, kau tak laksanakan. semua nya tipu. tapi itu hak kau untuk melakukan apa ke atas aku yang selama ini menemani kau. tika kau sedih mahupun gembira. tapi kau tak hargai aku. it's okay laa. aku tak ambek hati. hati manusia kan, siapa yang tahu. tapi aku ucap sangat terima kasih sebab kasi aku kenal diri kau dan merasai apa itu kerinduan. thanks so much.

all my friends, aku harap persahabatan kita tahun ini akan menjadi seperti biasa malah lebih akrab aku harapkan. aku berdoa agar persahabatan kita kekal selamanya. semoga Allah memberkati persahabatan kita okay ! love you all !

to my family, only Allah know what my feels is. aku berserah kepada Allah untuk menentukan aku. semoga Allah membantu aku dalam proses kebaikan aku. aminnn.

Selamat Tahun Baru 2012 :D

01.Jan.2012