penyebok
03 January 2013
23 December 2012
my best friend dah pergi buat selamanya.
wahai sahabat baikku, kenapa terlalu awal engkau meningggalkan dunia ini? mengapa begitu bersahaja engkau meninggalkan aku, kawan-kawan kau dan juga keluarga kau. aku sungguh terkilan bila aku tidak dapat menemani engkau sewaktu engkau memerlukan aku sehari sebelum engkau masuk ICU. aku sangat terkilan. kalau lah waktu itu boleh diundurkan kembali. sudah pasti aku tidak akan sia-siakan nya .
sahabat baikku, aku dan engkau ibarat kembar. kemana sahaja aku akan bersama dengan engkau. gelak ketawa kita selalu bersama. susah senang kita pun kita bersama. tapi akhirnya, kau yang pergi dahulu. aku belum bersedia akan kehilangan kau sahabat baikku.
itulah gambaran aku pada diri abang aku yang baru sahaja kehilangan kawan baikknya harini. kawan dia yang aku kira sudah jadi abang kepada aku juga. ya, dia sangat rapat dengan abang aku. malah, ibu bapa kami sudah kenal antara 1 sama lain. 2 hari aku teman abang aku ke hospital untuk melawat kawan baiknya itu. kawannya itu kami panggil Hipo atau nama sebenarnya Khairul Anuar.
sebanarnya Hipo secara fizikalnya masih hidup. kalau kita lihat dia masih boleh bernafas. tetapi itu semua atas bantuan mesin pernafasan yang sudah 3 hari dia menggunakannya untuk berlawan dengan mati. kami difaham kan otak dia sudah tidak berfungsi secara normal lagi. jadi die bergantung kepada mesin pernafasan itu. kesian aku lihat keadaan dia tadi petang. banyak wayar2 berselirat dibadannya. dan harini doktor akan buat pemeriksaan akhir untuk memberi peluang sekiranya ada tindak balas pada badan dia. tapi jika sekiranya badan nya sudah tidak ada tindak balas lagi, doktor akan tanggalkan segala wayar yang ada dibadanya itu. dan akhirnya dia ... pergi ... buat selamanya.
menitis airmata aku melihat ayahnya yang pada awal kemasukkan Hipo ke ICU tidak menangis, tapi pada saat doktor mengatakan bahawa anaknya sudah tidak ada harapan untuk hidup, keluarlah airmata ayahnya yang juga seorang lelaki. sewaktu ketibaan kami ke wad ICU, ayahnya menceritakan keadaan awal Hipo menjadi sebegini. kenampakkan ayahnya menahan airmata. ketika itu, aku sudah tidak dapat menahan sebak lalu keluarlah airmata aku dihadapan khalayak ramai. begitu juga abang aku yang tidak pernah aku melihat dia menangis, dan akhirnya di saat kawannya jadi begini, dia menitiskan airmata kesediahan yang aku kira amat menyentuh perasaan. iyala, kawan baikknya sudah meninggal, siapa yang tidak sedih kan.
didalam wad ICU itu, kedengaran ibunya yang mengusap-usap tangan anaknya berkata "khairul, mak halalkan makan minum khairul, mak dah ampunkan khairul. dan redha khairul pergi nak," menitis airmata seorang ibu. ibunya yang baru sahaja melakukan pembedahan barah pangkal rahim tidak mampu bergerak terlalu banyak. baru kelihatan ibunya pada harini. hari selalunya, ibunya berada dirumah sahaja. dan bila diberi tahu tentang anaknya oleh ayahnya, ibunya hanya memberi tindak balas dengan hanya tergamam dan diam.
mak aku tidak dapat menahan kesedihan lalu keluar meninggalkan wad ICU itu. kerana tidak mampu melihat wajah Hipo yang dikira sebagai anaknya juga. didalam hati aku tidak lari dengan memikirkan Keajaiban akan diberi kepada Hipo iaitu Hidup Kembali ! peluang kedua untuk hidup. kini keluarga Hipo hanya tinggal 3 orang. mak, ayahnya dan adiknya. paling terasa adalah ayahnya kerana disaat Hipo dikejarkan ke hospital, ayahnya yang ada disamping Hipo. berlaku lah perkara yang menyayat hati.
apabila aku melihat dengan terlentangnya Hipo diatas katil di ICU itu, aku cuba membayangkan diri aku disitu. kelihatan ramai sahabat Hipo yang hadir. bahkan, lagi ramai daripada saudara maranya sendiri. okay, disini aku membayangkan, apabila terjadinya perkara sebegini kepada kita, mesti banyak airmata yang akan mengalirkan. aduhh, susah aku hendak ungkapkan betapa terkejutnya abang aku mendapat berita kawan baiknya itu koma pada mulanya dan kini hanya tinggal masa untuk pergi selamanya. mana tidaknya, cuba korang bayangkan, dan aku selalu berkata kepada Aklep dan Faris, sedang kita bergelak ketawa harini, malam ini, pada esoknya aku dimasukkan ICU dan koma tanpa sebarang tanda serangan penyakit. tidak kah kita terasa akan kehilangannya. baru sahaja kita bergelak bersama, dan harini pergi buat selamanya. abah aku pun turut rasa kehilangan Hipo kerana 2hari sebelum Hipo dimasukkan ke ICU, Hipo ada datang rumah untuk keluar dengan abang aku. dia telah tegur abah dengan ramah sekali. dan tiba-tiba, esok abang aku memberitahu yang Hipo masuk ICU , koma. bergenang airmata abah aku.
aku pun rasa baru sahaja borak dengan dia 3 minggu yang lepas sewaktu kami bertemu di pasar malam. kami borak seolah-olah aku ni kawan baiknya (abang aku). yaAllah, sekiranya ini adalah takdir Kau, inilah Kehendak Kau, kami terima dengan redha yaAllah. cuma kami mahu Kau letakkan dia bersama orang -orang yang solleh dan beriman. dan pastinya disyurga nanti. Hipo, tunggu kami disyurga nanti ye. kami sentiasa mendoakan kau Hipo. tenang lah kau disana nanti. al-Fatihah buat arwah Khairul Anuar(Hipo).

04 December 2012
Ikhlas dari Aku
Kawan...
Ku ingin kau tahu,
Aku menyayangi mu,
Dan sentiasa menyayangimu,
Kawan...
Jika selama ini banyak salahku padamu,
Maafkanlah aku,
Kerna aku juga insan biasa,
Yang tak lepas dari sifat marah dan ego,
Secebis kasih membuat kita sayang,
Seucap janji membuat kita percaya,
Sekecil luka membuat kita kecewa,
Tapi sebuah kemaafan lebih mulia...
Love all my friend : ikhlas dari Aku
27 November 2012
08 November 2012
ini my bestfriends aku masa kat uitm dulu.
dorang laa tempat aku menumpang hidup.
ketawa bersama, menangis bersama, suka bersama, duka pun bersama.
ke sana sini kita bersama-sama. cuma berak je tak sama. hahaha
ehh lupa nak kenalkan, yang tengah-tengah tu teha *bontot. huhu. yang kanan tu dila *tanak laaa ! hahaa
sebenarnya, aku rindu korang !
KBYE
22 October 2012
special post for you friends
kenangan ini takan aku lupakan.
korang semua tetap didalam hati aku.
terutamanya kat dila, teha, aiman, amir botak.
dorang selalu ada masa aku senang ataupun susah.
amir, thanks kasi aku kau nya produk. sorry aku tadapat kasi
aku nya gambar sebab frame tu mahal laa. aku bukan kaya pun. harap kau paham eh.
harapan aku suatu hari nanti kita akan jumpa lagi ehh.
sedih sangat nak tinggalkan korang. walaupun ada yang duka.
good luck for you all okay !
mesti ingat aku nanti ! baik-baik jaga diri !
selamat tinggal kawanku :'(
p/s : lagu nie suria yang suruh dengar dan hayati. dan sekarang, aku nak korang dengar dan hayati lagu nie.
khas untuk korang semua. jumpa masa konvo nanti !!
28 September 2012
Ghaibmu
Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah
Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah
Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan
23 August 2012
Salam Aidilfitri buat Abah dah Mak
Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi
Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban
Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu
Namun Wajahmu Terus Bercahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia
10 August 2012
Re-shoot - Fashion Photography

hampir-hampir proceed??
ahhhh !! kenapa tak proceed je ?!
RESHOOT !!
jangan mengeluh Fiqri ! ada hikmah kenapa Lect kau suruh kau re-shoot tu.
tapi dah nampak dah kau semakin maju dan ada usaha sikit.
cuma kau malas je.
WAKE UP FIQRI !! jangan malas !! ini FINAL KAU !!
buat betul-betul !
ini crewzz yang bantu aku shooting haritu.
thanks a lot to Arshad sebab banyak bantu aku dari segi lighting.
Suria dari segi pose. dan yang lain dari segi memeriahkan studio itu.
okay juga ada dorang, tade lah sunyi sepi tanpa kata studio tu.
dah laa studio tuh scary je kalau gelap-gelap nie.
harap lepas nie, shooting aku akan jadi lebih baik lagi. InsyaAllah.
02 July 2012
Special Post

Happy 21th Birthday My Aklep !
*semoga Allah menunaikan segala apa yang kau hajati okay !
*aku doakan kita kawan sampai aku kene kapan okay !
*I LOVE YOU !
Subscribe to:
Posts (Atom)