penyebok

21 April 2012

rindu kat kawan CICT

malam nie aku rindu dekat kawan aku. sebab apa?? sebab aku ada terbaca 1 surat tawaran adik aku dapat. tawaran belajar kat CICT College. terus aku teringat die. kawan aku nie belajar kat CICT tuh. die ambek Dip in Business Management. kot laa. HAHAHAHA. kawan aku yang dah lebih kurang 3 tahun aku kenal. walaupun die tak anggap aku kawan die lagi, tapi aku tetap anggap die kawan aku lagi. sesiapa yang pernah bercakap dan kenal aku, die akan jadi kawan aku secara tidak langsungnya. dan aku tak pernah buang kawan-kawan aku.

ntah kenapa malam nie aku rindu kat kawan aku nie. die yang ajar aku makna rindu, sayang dan mungkin juga cinta. dan kenapa diakhir persahabatan kita nie jadi macam nie? kenapa tak boleh berkawan? aku cuma mahu berkawan seperti aku dengan kawan aku yang lain.

aku sudah buang segalanya perasaan aku waktu dulu tuh. itu cuma kesilapan aku. kesilapan yang besar aku pernah buat. dan aku sudah menyesalinya. dan aku akan berhati-hati dalam bidang perasaan ini. tapi itu semua die tak percayainya. perangai orang kan, semuanya lain-lain. aku kene paham tuh.

tapi kan, aku rindu nak dengan die laa. macam mana aku rindu kan kawan-kawan aku yang lain. macam biasa kalau aku rindu, aku akan call dorang. mesej ke. itu cara aku. rindu dan terus call. tapi dengan die nie, aku tatahu nak buat camner. sebab die langsung tanak ada apa-apa hubungan dengan aku lagi. even though sebagai kawan. die takut kot. hehehe.

sekarang aku dah bersikap matang. aku dah tak macam dulu. layan-layan feeling sorang-sorang. duk dengaq lagu sedih-sedih. haktuihhh !! HAHAHAHA. kalau dengaq pun, dengaq macam biasa jelaa. mana ada feeling segala nie. HAHAHA. bujang laa katakan. HAHAHAHA. tapi camner aku nak contact die? die sihat ke?? macam mana dengan keadaan kesihatan die sekarang? okay ke tak? kalau die boleh baca note aku nie, die akan contact aku tak??

aku tanak laa sebab kita nya kesalahan lama tuh, aku dengan die jadi macam nie. kan tak baik memutuskan silaturrahim. kita kan sedara. hehehe. harap 1 hari nanti aku dapat contact die. tanak jumpa ke?? jumpaa??? HHHAAHAHHA. kawan kat KL belambak, semua ajak jumpa. tapi haram aku nak jumpa. HAHAHAHA. belum bersedia dari segi fizikal nak jumpa kawan lama. HAHAHHAA. tunggu aku dah jadi macam teeeetttt, baru aku jumpa korang ehh? HAHAHAHA.

01 April 2012

ehh YALL lah !!

adoiyaii , aku tension arr tengok orang badan tough nie ! kenapa arr badan dorang sedap-sedap haa ?! aku jealous weh !! aku diet dah, jogging dah, minum susu dah, main dumbell dah. apa lagi?? yelaa, maybe aku tak minum supplement segala tuh laa. tapi aku tade duit doe nak beli bende alah tuh. tade laa mahal sangat,. RM170 je. tapi sekarang mana nak dapat weh. keje pun tarak. duit PT? duit uhh pun aku tak cukup nak buat study aku, ni kan nak beli bende tuh. tapi aku sangat stress ehh tengok member aku semua berebut-rebut nak main gym ehh. bapak arr !! bila sial aku nak main besi nie? cakap bukan main gempak, tapi habuk pun tadak ! hampehh ! cuba tengok nie member aku yang main besi. cam YALL lah dorang !! *marah beb !

haa, yang nie gambar member aku. nie masa part 1 kat uitm aku. ten
gok ehh hasil die selepas 3 tahun kat uitm

.















HAAAA !! korang tekejut takk?!! nie die laa !! bapak besar sial badan dia !! serius aku jealous wehh ! dulu badan kerempeng je ! sekarang tengok !! kerepeng die hilang siall !! die main besi kot everyday ! minum supplement lagi. bapak arr !! tak ke aku geram aku tade badan macam die ! ahhhhrhhhhh !!








yang nie plak, member time sekolah rendah dulu. yang hujung belah kanan korang. dulu die kecik weh. kurus tinggi. laa nie, ang tengok?! apa sudah jadi ?! makan hati tak nok?? mak jealous nok !! haaa, keluar ayat nie ! HAHAHAHHAAA. okay, aku tension !











okay, aku macam nak pegi main besi sekarang je !!
kenapa laa aku malas sangat nak buat workout !?!
dulu baru belik dumbell, rajin je main.
sekarang nie, hampehh, makan lagi best !!
lagipun, dumbell berapa kilo je. banyak lingan weh !!
tak naik muscle. malu muscle aku nak naik ! HAHAHHAA
tapi ann, aku nak kene turun kan berat badan aku dulu.
tanak aku badan yang sekarang nie, kalau main besi, lagi besar weh.
baik badan macam sem lepas, baru baik !! sedang2 enak ajah !!
HAHAHHAA. okay, sem depan beli supplement tuh, workout sikit kat rumah, okay cun !
jadi laa amcam tuh nanti !! HAHAHAHA, boleh ke?? mampu? HAHAHA
nak seribu daya fiqri !! chaiyokkk !!

*terliur tak korang kalau badan aku beketul-ketul dan bekilat-kilat??
HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAA






11 March 2012

you must fasting one year !!

haa, ambek kau !! kau tahu beza nya apa !!
HAHAHHAHAHAHAHAHAHHAAHA.
bapak arr !! kembang gila weh !!
sebelah kiri uhh cuti sem lepas.
yang kanan uhh sem sekarang nie !
gila tak !!! gemok nyaaa !!!
kembang die tak ingat kannn !! HAHAHAHAHAHHA.
tengok laa pipi aku tuh !! maknya apa tuh?!
kenapa aku mendadak naik nie !!
yelaa, sem lepas duk bilik kat kolej. selalu jogging dengan Ama.
sekarang dah duk luar, haram nak jogging.
balik rumah, baring, online, makan, baring balik !!
HAHAHAHAHAHAHA. ada dumbell pun buat hiasan je !
haihhh, apa nak jadi nie Fiqri !!! kurus laa sikit !!!
dok comey laa gemokk !!
tapi sem lepas aku doa nak gemok aw. and now, ambek !!
Allah kasi balik badan kau masa sekolah2 dulu ! HAHAHAHAHAHHAHAHAHA.

*agak-agak boleh kurus balik tak? aku nak kurus dan tough sebelum grad??
boleh ke? HAHAHAHAHA. insyaAllah !!

01 March 2012

RINDU MEREKA

*rindunya kat mak abah !!

Orang kata aku lahir dari perut mak.
Bila dahaga, yang susukan aku, mak.
Bila lapar, yang suapkan aku, mak.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku, mak.
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut, MAK !
Bila bangun tidur, aku cari, mak.
Bila nangis, orang pertama yang datang, mak.
Bila nak bermanja, aku dekati mak.
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah mak.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak.
Bila nakal, yang memarahi aku, mak.
Bila merajuk, yang memujukku cuma, mak.
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah, mak.
Bila takut, yang tenangkan aku, mak.
Bila nak peluk, yang aku suka peluk mak.

Aku selalu teringatkan, mak.
Bila sedih, aku mesti talipon, mak.
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu, mak.
Bila bengang, aku suka luah pada, mak.
Bila takut, aku selalu panggil.. “MAKKKKK ! “
Bila sakit, orang paling risau adalah, mak.
Bila nak exam, orang paling sibuk juga, mak.
Bila buat hal, yang marah aku dulu, mak.
Bila ada masalah, yang paling risau, mak.
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni, mak !
Yang selalu masak makanan kegemaranku, mak !
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak.
Yang selalu berleter kat aku, mak.
Yang selalu puji aku, mak.
Yang selalu nasihat aku, mak.

Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk, mak !
Aku ada pasangan hidup sendiri.
Bila seronok, aku cari pasanganku.
Bila sedih, aku cari MAK !!




26 February 2012

aku suka malam sebab ada bintang cantik !

*nie gambar dari rakan Facebook yang diambil malam tadi dihadapan rumahnya. cantik kann ?!

masyaAllah, cantik kan malam nie. ada bintang yang bersinar banyak.
eee, aku suka gila kot bila malam ada bintang !!
setiap kali aku tengok bintang tuh, aku terus senyum dan happy gila !
rasa tenang je, rasa macam nak ambek semua je !!
kalau dapat pegang pun jadi laa !! aku suka bintang weh !!
tatahu kenapa. tetiba je suka ! suka lepak malam mesti tengok langit.
mesti ada bintang. kalau tade, aku akan bosan.
kalau ada bintang, aku happy gila !! senyumm je !!
ya Allah, cantik sungguh ciptaan Kau.
indah sangat apabila aku pandang bintang-bintang Kau.
aku bersyukur kerana Kau memberi nikmat-nikmat didalam dunia nie.


*aku nak jerit yang AKU SUKA BINTANG YANG CANTIK TUH !!
aku nak satu boleh tak? satu je :)

24 February 2012

The Big Me :D

haa, gemok ke tidak?! mampu?! HAAHAHAHAHA. kesian aku. sekejap gemok, sekejap kurus. tak tetap pendirian. HAHAHA. nie gambar masa dinner photo department. baru rabu lepas nie. so latest laa gambar nie. nanti aku letak juga gambar dinner aku ehh. tunggu jelaa. :)

*ada gambar trip gi Pangkor last weekend. tapi belum habis minta gambar kat member. so, nantikan kemunculannya. HAHAHAHAHA

Adli rindukan arwah ibu dia

okay, aku tatahu kenapa aku tetiba sedih, sebak bila terbaca post kawan aku, Adli yang rindukan arwah ibu dia yang dah meninggal dunia tahun lepas. masa arwah ibu dia meninggal, kita 1 kelas pegi menziarahi Adli kat rumah dia. A dengan B semua turun. kat situ aku nampak Adli sangat tabah dan tenang dengan pemergian ibu dia. dia masih lagi boleh gelak ketawa bersama kita. bukan kerana dia suka ibu dia dah tade, tapi cuma tidak mahu terlalu nampak yang dia sedang bersedih di hadapan kita semua. aku kagum dengan Adli.

dalam perjalan pulang dari rumah Adli, aku terfikir didalam kereta. bagaimana perasaan aku kalau mak aku yang tade? apa?? mak aku dah tade?? ( yaAllah, jauhkan laa ). apa perasaan aku waktu itu? aku selalu bayangkan kalau mak atau abah aku yang pergi dulu sebelum aku. adakah aku dapat menerima nya? itu lumrah pada semua orang yang tak mahu kehilangan mak/ayah masing-masing kan. semua tanak kehilangan mak/ayah. tapi Allah nak uji keimanan kita. adakah kita nie terima dengan qada' dan kadar Allah? yaAllah, aku tatahu dengan keadaan aku waktu itu nanti.

mungkin Adli malam nie teringat dan rindukan ibu dia. apa perasaan die ehh? macam mana dia nak tempuh perasaan dia yang macam nie? aku yang baru duduk jauh dengan mak abah pun dah rindu tahap apa dah, tapi masih boleh jumpa bila cuti nanti. tapi kalau Adli, kalau dia rindu kan ibu dia, dia tadapat jumpa pun ibu dia masa cuti nanti. macam mana ehh? macam mana dia nak hilangkan perasaan rindu sangat kat ibu dia tuh?? weh, sakit weh rindu tuh. jangan dibuat main-main. boleh jadi gila kot.

macam kawan aku Amir, Dila, Aklep dan siapa lagi kawan aku yang telah kehilangan mak/ayah korang, aku harap korang sabar banyak-banyak. aku tahu perasaan korang. aku pun dapat rasa apa yang korang rasa. aku cuba untuk rasa apa yang korang rasa untuk aku bersiap sedia dihari kelak. yelaa, ajal nie bukan siapa yang tahu. kita tak boleh juga berdoa untuk jangan ambek mak/ayah kita sebab kita tak bersedia lagi. itu semua kerja Allah. Dialah yang menentukan segalanya. tapi kita nie sebagai anak, berdoa lahh untuk kesejahteraan mak/ayah kita. moga mereka dipanjangkan umurnya. sihat selamanya. insyaAllah.

bila bicara tentang ibubapa nie, aku mesti sensitif. mesti berlinang airmata aku. yelaa, siapa je tak sayang mak/ayah kan. mak, abah, qiqi nak minta ampun sekiranya qiqi tak cukup baik untuk menjadi seorang anak yang baik. anak yang taat kepada mak/ayah. anak yang lari dari tanggungjawab sebagai seorang anak. anak yang melawan mak/abah. qiqi minta maaf dan ampun seandainya qiqi tak sempurna menjadi sebagai anak yang mak/abah mahukan. banyak kesilapan qiqi dekat mak/abah. ampunkan qiqi mak, abah. moga mak abah dipanjang kan umur, dimurah kan rezeki dan disihatkan oleh Allah. aminnnn.

yaAllah, ambil lah nyawa aku sebelum Kau ambil nyawa mak/abah aku. itulah hasrat dan impian aku. aku mahukan mereka melihat kejayaan aku dan adik beradik aku yang lain. berikanlah aku berbuat bakti kepada mereka dahulu.

*qiqi sangat rindu dan sayangkan mak dengan abah :)


15 February 2012

after shooting



penat shooting, ini laa jadinya.
semua muka tak mandi 1 hari nya. HAHAHAHA
*bosan entry aku kali nie :(

14 February 2012

untuk mu Azura

baru je aku habis tengok citer nie. MOTIFFF aku tengok citer nie?? HAHAHAHAHAA. tade keje katanya. bosan, so aku layan laa citer nie. oldscool gitu ceritanya. HAHA. tade pape pun nak tulis entry kali nie. saja nak berkongsi cerita pasal kisah disebalik Azura nie. HAHAHAHAHHA.

mesti korang tertanya-tanya kenapa aku asyik duk HAHAHAHAHAHAHA lagi tadi. HAHAHAHAHA. HAHAHAHAHHA lagi. HAHAHAHAHA. okay cukup. tade, cuba korang tengok cerita nie balik. korang mesti rasa kelakar gila. dengan cara dorang cakap ala-ala saya awak saya awak gitu. dialog macam skema gila. eee, sumpah gila kelakar !

nie aku kasi contoh scene dimana yang kelakar nya. nie scene antara Amir dengan Razif. dua-dua kaki motor. rempit laa katakan. tapi meh baca dialog mereka. HAHAHAHAHA

Amir : Sorry Razif. Aku nak keluar dari kumpulan ini.
Razif : Kenapa, Mir?
Amir : I.. nak bina hidup baru Zif... Tapi, walau macamanapun.. I harap kita akan terus berkawan, Razif.
Razif : Tape laa Mir..
Amir : Sorry ( macam suara pondan. HAHAHAHAHHA )
Razif : I harap.. you success okay.

then dorang pun bersalam sambil berpeluk. KEJAP !! aku terfikir, macam nie ke mat-mat rempit kat luar sana bila dorang dengan kawan dorang. bapak arr, macam apa siakk !! kata raja jalan raya, tapi tengok ... HAHAHAHAHHAA. manalah aku tak bedekak !!! sekejap aku, sekajap I. apa tuhh !! HAHAHAHAHAHA. eeeuuuwww sangat ! HAHAHAHA. tak macam aku ketawa tengok citer tuh sorang. nasib baik tengok sorang2. ada feel sikit. haihhh

okay, yang ini lain plak. masa scene nie Zack feeling2 nak luahkan perasaan kat Azura. kau baca ayat nie. HAHHAAHHAHAHAHHAHAHAA. SUWIITTT gitu !! HAHAHHAA

"Azura, kalau kau jadi kekasihku, akan ku anyam buih-buih dilaut untuk dijadikan pengaras cinta kita. Bolehkah aku berbuat begitu?"

Haaa!!! apa korang rasa?? bagi perempuan laa. korang nak tak pakwe macam tuh?? romantik die tak pk plak ann. sampai nak anyam buih-buih dilaut segala. HAHAHAHAHAHA. lawak kot !! haiii, ini laa cerita lama. kalau pelakon die tengok balik filem nie, mesti dorang pun berdekak besar kot ! HAHAHAHAHAHA. tak boleh bla aku ! HAHAHAHA

tapi masa scene die nyanyi lagi Azura tuh. perhhh, feeling kot Jamal. aku pun turut feel gak ! HAHAHAHAA. motiff?? HAHAHA. best kot lagu die. untung laa orang yang bernama Azura. tade pun orang nak buat lagu Fiqri kan. hmmm..

kejap, masa tuh, Kak Ogy cantik okay !! meletop kot !! nak banding kan dengan sekarang, jauh gila kot beza die !! eeeuuuww !! HAHAHAHA. Kak Ogy memang cantik masa uhh. akak suka okay ! *e'eh, terpondan plak. HAHAHAHAHHAA. tahniah kepada cerita nie sampai membawa revolusi sampai Azura 2012. terbaikkk !!

AZURA ..... !!! hehehehe





12 February 2012

aku gay??


Kenapa Fiqri tade girlfriend?? wahhhh, soalan cepumas yang ditanya oleh salah seorang kawan aku. apa nak jawab nie?? depan-depan dia tanya soalan nie masa kat dalam studio. aku tak cakap pape pun. aku mampu senyum dan terus senyum. yelaa, tade jawapan nak cakap. pastuh dia terus post dalam Facebook soalan nie kat wall aku. aduhaii, soalan nie mengganggu fikiran aku sampai saat ini. apa aku nak cakap pasal girlfriend nie? susah nak jawab. sebab aku tade girlfriend. ke aku gay?? haaaaa !! HAHAHAHAHAHA


mesti semua terkejut kalau aku cakap aku gay kan. HAHAHAHHA. nak buat camner, dah lelaki je yang suka kat aku. perempuan tanak. terima jelaa. HAHAHAHAHAAHA. tak boleh blaa statement aku ! nak mati apa !! mampos kalau mak abah tahu. dah sah-sah aku kene halau rumah tak ngaku anak ! HAHAHAHAHAHA. tade laa, aku pun tatahu nak cakap kalau orang tanya aku nie dah ada girlfriend ke?? aku jawab jelaa, tade, belum ada jodoh kot.

aku bukan tanak ada girlfriend, cuma aku rasa belum tiba masa untuk aku mempunyai girlfriend kot. sebab matlamat aku adalah, aku nak kumpul harta dan membalas jasa mak abah aku dulu. nak tolong senangkan dorang, lepas dorang tanya aku pasal kahwin, baru aku akan fikir pasal girlfriend nie. tanak kusut kan kepala dengan masalah kalau bergaduh dengan girlfriend nanti. sebab pengalaman dengan dengar cerita dariapa kawan-kawan aku, buat aku rasa berhati-hati nak mempunyai girlfriend nie. paham kan? maybe aku suruh je mak abah carikan calon isteri untuk aku. aku akan terima seadanya. sebab aku nak bercinta lepas kahwin. ehh, aku nie romantik tau orang nya, HAHAHAHAHAHAHA. sweet tau. HAHA

memang aku selalu jiwang dalam blog ataupun dalam Facebook. memang selalu laa talk about cinta cintun nie kan. lawak kan? tade girlfriend tapi talk pasal cinta. maksudnya apa? HAHAHAHHAA. ntah laa, kadang-kadang perasaan nie tak boleh nak kawal. tak menentu datang nya. kadang-kadang mood cinta datang, mood marah datang, mood gay datang, HAHAAHAHAHA susah laa ! HAAHAHA.

so, sekarang nie aku ikot flow hidup aku. kalau ada jodoh, aku kahwin dan akan jemput korang semua. kalau dah takdir aku takan ada girlfriend sampai aku mati, nak buat camner, takdir Allah kan. terima dengan rela. yang aku nak buat sekarang ialah, nak buat duit banyak-banyak, nak bahagia kan mak abah aku baru aku nak fikir pasal kahwin, perempuan segala. bohong laa kalau tade rasa nak ada makwe kan. tipu sangat lah !! memang aku ngaku ada perasaan itu semua, tapi aku mampu luahkan dalam blog dan kawan-kawan. tak boleh nak buat apa. belum tiba masanya kot. insyaAllah ada bahagian untuk aku nanti. percaya pada takdir okay.

maybe aku lebih senang berkawan ataupun perempuan lebih senang berkawan dengan aku daripada bercinta dengan aku, HAHAAHAHAHA. ayat tak boleh blaa !! HAHAAHAHHAA. mungkin juga kan. tape, aku sabar dan terus bersabar. biar Allah tentukan segalanya. korang pun doakan laa aku cepat-cepat dapat jodoh. hehehehe. okay daaaa :)