penyebok

07 January 2013

I Love Do Bakery :)

Kek Pelangi hasil air tangan aku. walaupun tak berapa nak menjadi. tapi okay laa.
abang aku cakap macam kek betul laa. okay laa kan. butter cream tu pun aku buat sendiri.
akhirnya tahu juga buat buttercream tu. tahniah Fiqri ~!
Banana Muffin katanya. menjadi dan kawan aku Faris dah merasmikan untuk merasanya.
banyak je aku tengok dia makan. hahaha. sedap kot. HAHAHA.
bosan-bosan kat rumah buat laa aktiviti yang berfaedah katanya. 
tapi mak aku bising sebab asyik makan butter je. GEMOK katanya.
tapi aku berhasil membuat kek dengan hasil tangan aku sendiri. 
aku suka dengan apa aku buat sekarang nie. nak order, tanya laa Fiqri. HAHAHAHAHHA

06 January 2013

Besarnya Pengorbananmu, Ayah.

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

- copy paste AG

03 January 2013

UNTUKMU SAHABAT



Sahabat,
Aku sayang kau, kerana itu aku bicarakan

Rasa resah dalam jiwa ini,
Anak mataku dalam sepi memerhati,
Inginku luahkan, inginku laungkan sekuat hati,
Wahai sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya aku tahu,
Kebahagiaan fatamogana yang tak pasti yang kau dambakan
Ya aku mengerti,
Puji insan yang tak kau cintai dan tak kau kenali
jadi garis pandu hidupmu

Tidakkah tergetar
Tidakkah tercelar
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih tuhanmu
yang rindukan taubatmu
Rindu pada basah bibirmu
Mengesakan Yang Esa
Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka, marilah kembali
Sudah jauh tersasar santun lidahmu, marilah kembali

Tiada dayaku melainkan kata,
Walau kadang kau punca mataku berkaca
Cinta pada sahabat melangkaui segala
Dalam resahku memerhati
Pada satu nafas yang dihembus sia-sia
Aku ingin bersamamu di Firdausi
Tasnim di lidah dan kesyukuran tak berhenti

SAHABAT,
Lepaskan syaitan di hatimu
Biarkan fana jahiliyah yang menggoda, menangisi dan merindukanmu
Kerana kau SAHABAT dicipta untuk lebih daripada itu :)

23 December 2012

my best friend dah pergi buat selamanya.

wahai sahabat baikku, kenapa terlalu awal engkau meningggalkan dunia ini? mengapa begitu bersahaja engkau meninggalkan aku, kawan-kawan kau dan juga keluarga kau. aku sungguh terkilan bila aku tidak dapat menemani engkau sewaktu engkau memerlukan aku sehari sebelum engkau masuk ICU. aku sangat terkilan. kalau lah waktu itu boleh diundurkan kembali. sudah pasti aku tidak akan sia-siakan nya .

sahabat baikku, aku dan engkau ibarat kembar. kemana sahaja aku akan bersama dengan engkau. gelak ketawa kita selalu bersama. susah senang kita pun kita bersama. tapi akhirnya, kau yang pergi dahulu. aku belum bersedia akan kehilangan kau sahabat baikku.

itulah gambaran aku pada diri abang aku yang baru sahaja kehilangan kawan baikknya harini. kawan dia yang aku kira sudah jadi abang kepada aku juga. ya, dia sangat rapat dengan abang aku. malah, ibu bapa kami sudah kenal antara 1 sama lain. 2 hari aku teman abang aku ke hospital untuk melawat kawan baiknya itu. kawannya itu kami panggil Hipo atau nama sebenarnya Khairul Anuar.

sebanarnya Hipo secara fizikalnya masih hidup. kalau kita lihat dia masih boleh bernafas. tetapi itu semua atas bantuan mesin pernafasan yang sudah 3 hari dia menggunakannya untuk berlawan dengan mati. kami difaham kan otak dia sudah tidak berfungsi secara normal lagi. jadi die bergantung kepada mesin pernafasan itu. kesian aku lihat keadaan dia tadi petang. banyak wayar2 berselirat dibadannya.  dan harini doktor akan buat pemeriksaan akhir untuk memberi peluang sekiranya ada tindak balas pada badan dia. tapi jika sekiranya badan nya sudah tidak ada tindak balas lagi, doktor akan tanggalkan segala wayar yang ada dibadanya itu. dan akhirnya dia ... pergi ... buat selamanya.

menitis airmata aku melihat ayahnya yang pada awal kemasukkan Hipo ke ICU tidak menangis, tapi pada saat doktor mengatakan bahawa anaknya sudah tidak ada harapan untuk hidup, keluarlah airmata ayahnya yang juga seorang lelaki. sewaktu ketibaan kami ke wad ICU, ayahnya menceritakan keadaan awal Hipo menjadi sebegini. kenampakkan ayahnya menahan airmata. ketika itu, aku sudah tidak dapat menahan sebak lalu keluarlah airmata aku dihadapan khalayak ramai. begitu juga abang aku yang tidak pernah aku melihat dia menangis, dan akhirnya di saat kawannya jadi begini, dia menitiskan airmata kesediahan yang aku kira amat menyentuh perasaan. iyala, kawan baikknya sudah meninggal, siapa yang tidak sedih kan.

didalam wad ICU itu, kedengaran ibunya yang mengusap-usap tangan anaknya berkata "khairul, mak halalkan makan minum khairul, mak dah ampunkan khairul. dan redha khairul pergi nak," menitis airmata seorang ibu. ibunya yang baru sahaja melakukan pembedahan barah pangkal rahim tidak mampu bergerak terlalu banyak. baru kelihatan ibunya pada harini. hari selalunya, ibunya berada dirumah sahaja. dan bila diberi tahu tentang anaknya oleh ayahnya, ibunya hanya memberi tindak balas dengan hanya tergamam dan diam.

mak aku tidak dapat menahan kesedihan lalu keluar meninggalkan wad ICU itu. kerana tidak mampu melihat wajah Hipo yang dikira sebagai anaknya juga. didalam hati aku tidak lari dengan memikirkan Keajaiban akan diberi kepada Hipo iaitu Hidup Kembali ! peluang kedua untuk hidup. kini keluarga Hipo hanya  tinggal 3 orang. mak, ayahnya dan adiknya. paling terasa adalah ayahnya kerana  disaat Hipo dikejarkan ke hospital, ayahnya yang ada disamping Hipo. berlaku lah perkara yang menyayat hati.

apabila aku melihat dengan terlentangnya Hipo diatas katil di ICU itu, aku cuba membayangkan diri aku disitu. kelihatan ramai sahabat Hipo yang hadir. bahkan, lagi ramai daripada saudara maranya sendiri. okay, disini aku membayangkan, apabila terjadinya perkara sebegini kepada kita, mesti banyak airmata yang akan mengalirkan. aduhh, susah aku hendak ungkapkan betapa terkejutnya abang aku mendapat berita kawan baiknya itu koma pada mulanya dan kini hanya tinggal masa untuk pergi selamanya. mana tidaknya, cuba korang bayangkan, dan aku selalu berkata kepada Aklep dan Faris, sedang kita bergelak ketawa harini, malam ini, pada esoknya aku dimasukkan ICU dan koma tanpa sebarang tanda serangan penyakit. tidak kah kita terasa akan kehilangannya. baru sahaja kita bergelak bersama, dan harini pergi buat selamanya. abah aku pun turut rasa kehilangan Hipo kerana 2hari sebelum Hipo dimasukkan ke ICU, Hipo ada datang rumah untuk keluar dengan abang aku. dia telah tegur abah dengan ramah sekali. dan tiba-tiba, esok abang aku memberitahu yang Hipo masuk ICU , koma. bergenang airmata abah aku.

aku pun rasa baru sahaja borak dengan dia 3 minggu yang lepas sewaktu  kami bertemu di pasar malam. kami borak seolah-olah aku ni kawan baiknya (abang aku). yaAllah, sekiranya ini adalah takdir Kau, inilah Kehendak Kau, kami terima dengan redha yaAllah. cuma kami mahu Kau letakkan dia bersama orang -orang yang solleh dan beriman. dan pastinya disyurga nanti. Hipo, tunggu kami disyurga nanti ye. kami sentiasa mendoakan kau Hipo. tenang lah kau disana nanti. al-Fatihah buat arwah Khairul Anuar(Hipo).

04 December 2012

Ikhlas dari Aku


Kawan...

Ku ingin kau tahu,
Aku menyayangi mu,
Dan sentiasa menyayangimu,

Kawan...

Jika selama ini banyak salahku padamu,
Maafkanlah aku,
Kerna aku juga insan biasa,
Yang tak lepas dari sifat marah dan ego,

Secebis kasih membuat kita sayang,
Seucap janji membuat kita percaya,
Sekecil luka membuat kita kecewa,
Tapi sebuah kemaafan lebih mulia...

Love all my friend : ikhlas dari Aku

08 November 2012


ini my bestfriends aku masa kat uitm dulu.
dorang laa tempat aku menumpang hidup.
ketawa bersama, menangis bersama, suka bersama, duka pun bersama.
ke sana sini kita bersama-sama. cuma berak je tak sama. hahaha
ehh lupa nak kenalkan, yang tengah-tengah tu teha *bontot. huhu. yang kanan tu dila *tanak laaa ! hahaa
sebenarnya, aku rindu korang ! 
KBYE 

22 October 2012

special post for you friends












kenangan ini takan aku lupakan.
korang semua tetap didalam hati aku.
terutamanya kat dila, teha, aiman, amir botak.
dorang selalu ada masa aku senang ataupun susah. 
amir, thanks kasi aku kau nya produk. sorry aku tadapat kasi
aku nya gambar sebab frame tu mahal laa. aku bukan kaya pun. harap kau paham eh.
harapan aku suatu hari nanti kita akan jumpa lagi ehh. 
sedih sangat nak tinggalkan korang. walaupun ada yang duka.
good luck for you all okay ! 
mesti ingat aku nanti ! baik-baik jaga diri !
selamat tinggal kawanku :'(

p/s : lagu nie suria yang suruh dengar dan hayati. dan sekarang, aku nak korang dengar dan hayati lagu nie.
khas untuk korang semua. jumpa masa konvo nanti !!

28 September 2012

Ghaibmu



Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan

23 August 2012

Salam Aidilfitri buat Abah dah Mak

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Bercahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia