penyebok

18 November 2011

ayat sedih daripada seorang sahabat

"aku tak perlu nak semak kan no phone orang yang takasi apa-apa faedah kepada aku"

okay, selama nie memang aku semak dalam life kau. aku selalu kacau hidup kau. kau pendam dan harituh kau hembus kat aku semuanya. okay mcam nie laa, aku dah terangkan segalanya kepada kau. dan aku tarik balik apa yang aku cakap suatu masa dahulu. masa itu aku terlalu memikirkan sesuatu, dan harini aku nak tarik balik semula. aku minta maaf selama aku kenal kau aku buat semak dalam hidup kau. yelaa, aku pun BANGANG sebab layan kau waktu kau dalam kesedihan dan kesunyian. dan sekarang time aku memerlukan kawan2 aku, semuanya lari. okay, baiklah. aku hormat keputusan kau. kau nak buat aku takenal kau, dan kau takenal aku. okay, aku buat. tapi satu je kau kene ingat. aku takan pernah lupa kawan2 aku yang dah buat aku sayang kan mereka. itu je aku mampu cakap. thanks friends :)

05 November 2011

makin besar, makin tapaham aku dengan korang !

aku sangat jahat kan ! okay, aku mengaku aku jahat sampai korang buat aku camnie. tade perasaan langsung dengan aku nie. yee, aku paham dengan mulut aku. okay fine !


macam apa je aku nie. beriya ingat kat kawan-kawan? tapi kawan aku ada ingat aku? macam nak nangis je sekrang nie ! macam nak maki hamun dorang pastuh nak benci dorang. baru lega aku !

selama nie aku buat bodoh je. aku buat tak kesah kalau tak ingat aku. pastuh bila aku tak ingat dorang, cakap aku sombong laa, lupa kawan laa. apa bagai laa. macam pantat ! aku dah malas nak pk pasal dorang lagi ! kawan dengan kau je pun tape laa. tade kawan macam dorang pun tak batak aku !

tapi masalah nya, asyik aku je kene. dorang tak perasan ke? aku nak buat apa lagi untuk dorang nampak yang aku nie caring dengan dorang. aku sayang dorang. itu pun tanampak apa ! apa buta apa dorang ! yelaa, dorang tanampak aku menangis rindu dorang. menangis dengan apa yang dorang buat kat aku. itu dorang tatahu ann. tapi aku manusia, berperasaan. agak laa. paham laa sikit ! terasa sangat sangat ! aku nie cakap je lain, tapi hati cakap lain. nak membenci pun,siapa je aku nak benci dorang. okay, aku malas nak mengharap apa2 lagi. terserah dorang nak kawan ke tanak ! walaupun dorang uhh semua kawan baik aku ! yang penting, aku sangat kecik hati ! tak pernah aku terasa macam nie dengan dorang !


aku malas nak jaga hati orang dah ! sangat menyeksa kan !! macam cibai punya perangai ! sangat sakit hati aku ! korang nak cakap pasal apa pun pasal aku, cakap lah ! mulut orang kan, apa boleh buat ! tapi ingat, Allah tuh Maha Adil ! paham-paham laa kau !

korang tahu aku menangis masa nie? ahh bohong lah ! motif kau nak nangis pasal bende nie. bende remeh kot. bagi korang memang remeh. tapi pada aku, serius sekali ! dah lama kawan pun tak paham aku kan ! okay, go ! leave me alone ! aku nie emo lebih, kuat sentap, semua lah ! tapi fikir baik-baik kenapa aku jadi macamnie ! fikir dalam-dalam.

03 November 2011

sorry, aku tak dapat teruskan penulisan aku disebabkan ada gangguan daripada FAKER. dia amat mengganggu aku. jadi aku tak dapat nak berikan penulisan yang baik. maaf, tapi aku akan segera memperbaikinya agar aku dapat meneruskan penulisan aku. sekali lagi maaf :)

01 November 2011

bersambung ...

apakah aku .... ? apakah aku sedang ... ahh, malu aku dibuatnya. aku malu untuk mengatakan perkara itu. hehe. percayakah kawan aku sekiranya aku mengatakan perkara ini kepada mereka? ishh, jangan lah. aku sangat malu untuk berhadapan dengan mereka. meraka akan gelakkan aku nanti. "kawan aku bercinta?? HHAHAHAHA, gelaknya mereka. tak mahu lah aku. kelak aku akan dibahan oleh mereka. sungguh memalukan. HAHAHA. tapi sampai bila aku harus mendiamkan perasaan ini? sampai bila aku harus menyembunyikan keadaan ini? sampai bila? adakah perasaan cinta boleh ditahan? adakah perasaan cinta boleh dibohong? mampukah kita melakukan perkara itu? cinta tidak boleh dibohong. itu bagi aku. bagi aku memang tidak boleh perasaan cinta dibohong kerana tidak mahu berhadapan dengan cinta. ahh, aku menceritakan hal cinta. sungguh kelakar sekiranya orang membacanya. memang sukar untuk dipercaya aku sedang menceritakan hal cinta. sedangkan aku tidak pernah tunjuk perasaan cinta itu kepada siapa-siapa. adakah aku sudah cukup besar untuk menceritakan tentang hal ini? adakah aku sudah bersedia untuk berhadapan dengan hal-hal dalam percintaan ini? hahaha, memang diketawakan oleh keluarga aku jika mereka membaca penulisan aku ini. hahaha

tetapi aku sudah berani mengatakan hal cinta didalam penulisan aku sejak-sejak ini. adakah aku semakin hampir dengan cinta itu? tetapi sehingga kini aku masih tidak menemuinya. aku hanya merasakan aku ingin ada cinta. tiada seorang kawan aku yang aku berani untuk menyatakan hal cinta ini. apakah itu cinta? dimanakah cinta? layakkah aku untuk bercinta? cinta yang dimaksudkan aku bukanlah cinta sama keluarga, sama sahabat. bukan, ini adalah cinta yang dimaksudkan aku ... ahh, aku tahu kalian mengerti akan maksud aku. aku merasa segan. hehee.

kenapa sejak belakangan ini aku dibuai dengan perkara cinta? semuanya berkaitan dengan cinta. aku ada satu cerita untuk dikongsi. tetapi bukan lah hal cinta sebenar. tetapi tentang aku dan kawan aku. yee, aku tahu aku adalah seorang kawan yang kalian nampak macam susah untuk dipercayai. aku bukan seorang kawan yang baik. mulut aku bukan yang terbaik. tapi salahkah aku untuk memberi pendapat tentang cinta yang aku paham. kenapa perlu perasan cinta kau dirahsiakan oleh sesiapa? bahkan dengan gadis itu juga. selepas balik dari keluar bersama mereka, aku memikirkan apa yang aku katakan kepadanya. mungkin aku tidak layak untuk menasihat kau tentang hal cinta. ini disebabkan kau tahu kisah silam aku. kisah silam aku yang aku mahu lupuskan nya. yee, aku tahu aku khilaf tentang cinta. aku jahil dalam perkara sebegini. tapi salahkah aku untuk ... ahh, aku hanya mahu kau untuk tidak syok sendiri. aku mahu kau berani dalam hal ini. aku tidak mahu kau memendam perasaan cinta kau kepadanya lagi. kerana ia amat menyakitkan kau bukan? jadi, buat apa kau menyakitkan hati kau kerna dia? dan sampai bila kau mahu begini? jangan biarkan ia menjadi satu mimpi ngeri. jadikan ia satu impian yang realiti. aku minta maaf atas kelancangan mulut aku waktu itu. aku sedar akan siapa diri aku. aku minta maaf.

bersambung ...