penyebok

11 August 2011

Malam 10082011

Pada malam ini, dengan bertemankan sahabat baik aku, menghabiskan masa untuk menunggu kedatangan hari esok. bergurau senda sambil ketawa melihat gelagat pelajar di Bidara ini. tanpa aku sedari hari semakin lewat malam. setiap kali aku ingin merasakan sesuatu yang indah, aku pandang ke langit untuk melihat bulan dan bintang. aku sangat kagum dan terpegun dengan gemerlapan bulan dan bintang ciptaan Yang Maha Kuasa. aku rasa sangat tenang apabila melihat bulan dan bintang yang menerangi malam aku tika itu. aku berasa sungguh gembira ! ketenangan ku rasakan. aku tak pernah sekagum begini apabila aku melihat bulan dan bintang. aku dan sahabat baikku pula berjalan mengelilingi sekitar kampus pada waktu jam 0100 pagi.

sedang berjalan, aku melihat lagi bulan dan bintang dengan tanpa jemu. aku berkata dengan sahabat baikku bahawa aku ingin mencapai salah satu bintang yang ada di langit itu sekarang. aku mahukan nya ! sahabat baikku hanya mampu gelak sahaja. tapi memang benar, aku memang mahu memiliki bintang itu. alangkah gumbira nya hati aku bila aku sudah dapat memiliki bintang itu. boleh kah aku mendapatkannya? aku berkata lagi kepada sahabat baikku itu. alangkah bahagianya hati aku sekiranya aku dengan seseorang sedang baring di satu bukit yang penuh dengan rumput yang menghijau, dan diselangkan dengan gelak tawa kita, sambil mengira bintang-bintang dilangit yang sedang bergemalapan dan diterangi cahaya bulan yang amat membuat ku merasakan dunia ini hanya aku yang punya. begitu manis bukan?

sahabat baikku hanya mampu tersenyum dengan gelagat aku pada malam ini. dia pun tidak tahu apa yang telah terjadi dengan aku. aku tidak seperti yang sebelumnya. tapi entah kenapa aku malam ini mahu merasakan seperti apa yang aku ceritakan tadi. sungguh jiwang aku rasakan. sahabat baikku tidak habis-habis mahu memerli aku. tapi aku tidak layan dengan dia. aku terus melayan akan perasaan aku itu. adakah waktu itu untuk aku? adakah peristiwa yang bermakna itu akan ada dalam hidup aku? adakah ia hanya sekadar khayalan aku saja? tetapi aku mengharap ia benar-benar berlaku. tetapi entah bila? biarlah masa yang akan menentukannya. dan aku terus dan tetap menunggu saat itu. saat yang aku impikan setiap hari.