penyebok

28 July 2011

Disini Ku Abadikan Kebaikan Mu

Pertama : Izzul Hakim (Izon Kimie)

aku nak story sikit pasal kawan aku nie. izul kawan aku yang aku kenal masa orentasi part1 dulu. dah lama kan kita kenal, kan izul? heehe. masa part1 dulu mula mula rapat laa juga. gi Ipoh sama sama. tapi dah lama lama semua banyak keje. dah jarang lepak dah. ada juga die datang bilik aku. melawat aku kan. HAHAHA. aku bukan tanak datang bilik die. aku nie pemalu. die tuh famous, segan laa aku. hehehehe. serius izzul sangat berpengaruh kat Bidara okay. jealous aku dengan die. hehehe. pastuh masuk part3 kita berjiran bilik pula. bilik aku dengan die sebelah sebelah je. tuh yang buat kita lagi rapat. saling mengenali lah kata orang. HAHAHHA. aku madah ketawa je kalau die ada kat bilik aku. die kalau joget je, mesti aku gelak. kalau orang lain aku tak suka aw. aku suka die juga yang joget. sebab ada daya tarikan. HEHEHEE. serius laa, aku tak suka orang lain juga selain die. die joget je lawa. yang lain, haramm. HAHAA. so sekarang nie kami masih lagi berjiran. nak dijadikan cerita, masa awal part4 nie aku kene demam denggi. die dengan kawan aku yang lain yang jaga aku kat sini. sampai baik laa aku dorang jaga. izul sediakan air suam untuk aku mandi. aku actually tak kesah kalau nak mandi air sejuk pun. tapi die dah sedia kan untuk aku. die kata tak elokn kalau demam mandi air sejuk. jadi aku mandi laa kat dalam bilik je. lap lap jelaa badan aku nie. bukan mandi sampai banjir bilik aku. aduihh. 2 hari juga laa die tolong aku sediakan air suam tuh. terima kasih izul. nak juga kau jaga aku kan. terharu aku. mak aku tahu die yang jaga aku. mak aku kirim salam je kat die. mak aku macam terharu juga laa sebab ada juga orang nak jaga aku masa aku demam nie. mak aku tak habis habis dok kirim salam kat die. terima kasih izul. terima kasih banyak banyak. sampai sekarang laa kita masih berkawan. izul, satu je permintaan aku, kau jangan kecik hati dengan aku. kalau aku buat kau terasa, cakap dengan aku ehh. jangan simpan simpan. aku doa supaya aku dengan kau berkawan sampai bila bila. tak moh gaduh gaduh. tapi kita tak penah gaduh kan. happy je kan kita. hehehe. ehh izul. ingat aku selalu tau. jangan lupa aku. nanti dah habis belajar pun kau still contact aku aw. rumah kita kan dekat je. nanti datang2 laa JB rumah aku. kita lepak sama sama. aku bawak kau kenal dengan mak aku. eh, eh? ingat tau cakap aku nie. Friends Forever :)

Kedua : Ershad Kamari

haa, kali nie kawan aku masa part1 juga aku kenal die. kelas kitorang sama masa part1 dulu. duk bilik pun atas bawah je. mula mula tuh rapat juga, lama lama kenal jadi baik pula. die nie pendiam sikit orang nya. tade laa banyak cakap sangat. die nie tak suka marah marah. memang aku ngaku laa die nie baik selama aku kenal die. kitorang selalu bersama. makan sama. online sama. keluar pun sama. ntah laa. macam die je yang sama dengan kepala aku kot. die boleh layan aku laa kan. sekarang nie kita dah tak sama kelas dah. die kelas fashion, aku kelas photo. tapi tetap bersama. aku nie macam tade kawan dah kan. ntah, aku selesa dengan die. die pun macam okay je dengan aku. sem lepas kitorang sama bilik. kebetulan sama bilik. macam tahu tahu je kita kawan rapat kan. HAHHAA. lagi laa mesra. sama sama tukar cerita. kongsi cerita. aku suka tuh, die suka nie. macam kelakar laa. HAHAHA. aku ingat lagi masa nak hujung sem lepas, aku tade duit aw. duit tinggal nak print keje je. nak makan tade. so die laa yang tolong aku. die banyak tolong aku. die belikan makan untuk aku. kita kongsi beli barang stok makanan. aku beli makan untuk die. tapi aku tak suka makan budi orang. pernah juga aku cakap kat die nanti aku bayar balik apa yang die dah belanja aku. tapi memang aku bayar balik apa yang die dah bayar kat aku awal sem nie. sebab aku tanak makan budi orang. takut aku tak mampu nak bayarnya balik. tapi sumpah die baik. die pun jaga aku masa aku demam harituh. die teman aku tidur, die teman aku gi hospital. macam macam laa. die pun pernah marah aku sebab aku tanak pakai baju tebal tebal sebab nak kasi keluar peluh kan. die marah aku. perhh, prihatin juga die juga kat aku kan. hehehe. thanks shad. masa aku tade mood nak makan pun die ada mesej aku. die cakap aku tanak makan nie berdosa sebab menyiksakan diri sendiri. pastuh die nak belikan aku nasi dengan lauk sikit. pastuh aku cakap lah tanak ann. tengok laa korang, die sangat baik kan dengan aku. terharu gila aku ! die pun pernah cakap yang die anggap aku nie sebagai kawan sebenar die. macam adik die. ada satu ayat tuh die cakap "aku benci bila kau cakap thanks dengan sorry dengan aku. sebab adik aku tapayah cakap camtuh" haa !!! terharu tak korang !! kankankan. aku pun macam terharu laa. die anggap aku sbg adik die. gila laa !! aku memang dah anggap die sbg family aku. mak aku pun pernah cakap dgn die. mak aku cakap thanks sebab jaga aku masa aku demam tuh. terima kasih banyak banyak lah eshad !! kau sahabat memang terbaik lah !! ada lagi mesej mesej tuh dalam HP aku. tak percaya? meh datang bilik tengok sendiri !! :D

Ketiga : Azrul (Andy Aaron)

okay kali nie azrul pula. die pun aku kenal masa part1 juga. die banyak tolong aku masa part1 dulu. die buatkan drawing aku. hehehhehe. thanks azrul. tapi kita rapat sem lepas kan. kau duduk kat blik izul. sebab kau gaduh dengan budak blik kau. amir kan. sian kau. tape laa, sabar okay. sem lepas kau banyak tolong aku. kasi sikit spray mount kan. HAHAHHA. sampai habis aku kejekan. HAHAHA. sorry azrul. tak sengaja ! HAHAHHAA. die tolong aku dalam Ai. banyak laa die tolong aku. masa aku demam pun die jaga aku juga. die ambek selimut die yang tebal tuh selubung aku satu badan. sebab nak kasi badanaku berpeluh !! perhh, baik kan azrul !! die beli air 100 plus untk aku. die picit kepala aku. banyak laa die tolong aku. jaga aku ! sampai aku dah lupa apa kebaikan die kat aku. terima kasih banyak banyak azrul. kau sahabat aku dunia akhirat !! aku takan lupakan kebaikan kau kat aku.

semua nama nama kat atas nie kan, semua pernah tidur sekatil dengan aku. malah sebantak pun ada. sweet kan dorang.aku pun tak sangka aku dapat kawan macam dorang nie. sejujurnya kan, aku memang sayang korang !! korang je yang pernah buat baik macam nie dengan aku. yelaa, kawan2 aku kat sana mana pernah duduk sebilik dengan aku. jadi dorang tade laa jaga aku macam korang jaga aku. cuma dorang just tanya kaba je. okay laa tuh kan. ingat juga laa. mak aku pernah kasi duit suruh belanja korang KFC. aku dah belanja kan. harituh. haa, itu mak aku yang belanja. die ucap terima kasih banyak banyak sebeb tolong jagakan aku. mak aku hargai korang gila gila. terima kasih yee korang. aku minta kat Allah supaya balas jasa kebaikan korang tuh. aku memang tak mampu laa nak balas. aku ada apa je kan. aku doa supaya korang selamat dunia akhirat. aminnn. sayang korang semua !! :)


20 July 2011

Rindu Senjaku

jam menunjukkan pukul 7.20 malam. aku masih berdepan dengan laptop yang sekian lama tak dimatikan. aku tatahu nak buat apa sepanjang hari. padahal pada hakikatnya kerja sedang menanti aku untuk disiapkan. ntah kenapa aku tiada mood nak buat kerja. aku rasakan ada sesuatu yang sedang menggangu aku. yang buat aku rasa gelisah kerananya.

hari semakin gelap untuk menamatkan 20.Julai.2011. aku sedang dibelenggu kegelisahan. aku dihimpit kerinduan. kerinduan yang keterlaluan. kepada siapa rindu aku? hanya Allah dan aku saja yang tahu kepada siapa rindu aku pergi. aku rindukan mereka. mereka dan mereka. kenapa aku rindukan mereka? kenapa dengan aku? adakah aku bodoh? sahabat aku marah kalau aku cakap aku bodoh depan die. die tak suka. tapi betul katanya. tak elok kan kata bodoh kat diri sendiri.

rindu aku masih ada dalam diri aku. rindu akan kenangan aku dengan die dan mereka. mengapa aku rindu die harinie? haihhh, susah aku nak ungkapkan. nak perkatakan. harini aku nak marah saja walaupun dengan bende remeh temeh. aku rasa macam tak senang. aku rasa macam aku akan menangis malam nie. angin dan irama menunjukan aku akan kesedihan malam ini. kenapa aku harus menangis? menangis kerna apa? adakah kerna aku merindu?

aku masih dalam resah. yaAllah, kenapa dengan aku nie?! apa yang sedang berlaku kat diri aku nie?! apakah salah apa yang aku rasa harini? salahkah aku merindui die dan mereka? kenapa aku sejak sudah bertukar umur, aku semakin sensitif dan jiwang? apakah ini lumrah orang nak meningkat remaja? tapi aku dah penat nak merasakan sebegini punya perasaan. aku kepenatan. aku seperti tidak mampu nak menahannya lagi. sungguh perit aku rasa.

yaAllah, aku mohon pada Kau. bantulah aku dalam mengharungi dugaan Mu. Kau ringankan bebanan aku. Kau permudahkan aku dalam menghadapi segala ujian Mu. sesungguhnya Kau Maha Memberi Pertolongan dan Maha Mendengar. Kau kabulkan hasrat aku ini. Aminnn.

Sesungguhnya Kerinduan ku buat ....

Seribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Sia-sia ku
Mencintaimu
Sia-sia ku
Setia padamu
Sia-sia ku
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu



Beribu sesalanku

One of Mine, Syed Syafiq


nie perbualan kami dalam Facebook aku. sweet arr kau tulis camtuh kat aku. terharu aku ! HAHAHAHA. Syed Syafiq, kawan aku masa aku part one. die roomate aku masa part one dulu. tapi now die dah tade dah kat Uitm Perak. die now kat Uitm Segamat. sebab die die dah tak boleh bawak kos OM kat Uitm Perak uhh. banyak hal die buat. selalu tak datang kelas. haihh, dengan selalu tidur. keluar nye. apa nak jadi lah syed oii ! tapi sekejap je aku dapat kenal die. sekarang nie dah tade jumpa dah. lama gak laa tak jumpa die. kadang kadang uhh rindu juga. rindu kenangan dalam Bilik B342. betul ke no bilik aku nie? aku pun dah lupa. HAHAHA. lama tak jumpa die. die masih ingat aku lagi. tak sangka. die orang Shah Alam. die selalu pinjam barang aku. kasut laa selalu die pinjam. tapi die nice person. okay kawan dengan die. die gangster besar kat Shah Alam. die pernah buat hal aw. agak berpengaruh juga laa die nie. tapi aku kenal die, tade muka gangster pun. jambu ada laa. HAHAHA. mula mula tak caya juga, tapi lama lama kenal. memang die agak famous juga laa. nakal laa kata orang tua. bukan jahat. nakal je. bila agaknya nak jumpa kau Syed. tapi now die dah berubah banyak dah. sejak die tukar Uitm Segamat nie, die selalu datang kelas. die cakap kat aku laa. tatahu laa betul ke tidak kan. tapi tengok macam dah berubah. Alhamdulillah lah kan. berubah juga kawan aku nie. aku wish kau belajar betul betul dan semoga berjaya okay ! jangan lupa aku sudah ! itu aku benci okay ! jap, Syed, bila nak bayar hutang aku nie? AHAHAHAHAA.

My Idea For This Hari Raya

OKAY !! Korang ! dengar nie !! aku ada idea tau. macam nie, sebelum aku dapat idea nie, aku ada baca satu blogger nie tau. http://edbudakkechik.blogspot.com. perhh ! gambar die meletop weyh !! selak selak blog die, aku jumpa entry die pasal raya. haaa !! nie yang aku nak citer, aku tengok gambar die dengan member member die tau. die shooting masa raya tuh. pakai baju raya.

* sorry EDPHOTOGRAPHY sebab copy gambar saudara.
nak kasi contoh kat member member.
jangan marah yee :)

aku plan camnie, aku nak ajak korang semua yang macam GILA AKAN SHOOTING, jom ikot aku gi shooting raya !! haa, cam gambar kat atas nie. best tak?! kita buat camnie laa ! tau tau ! aku nak korang semua pakai baju kurung, makeup lawa lawa, yang laki laki pakai baju melayu siap sampin termasuk aku sekali. kita gi shooting baju raya !! kita gi laa macam satu tempat like Istana Garden or somewhere yang baru ke. korang kasi lah cadangan kat mana. aku just follow je. tapi sumpah aku nak sangat shooting macam nie. nampak sikit aku nye work kan. aku nak korang masa tuh makeup laa cantik cantik. tapi bila dah sampai kat tempat shooting, mesti makeup dah cair kan, aku nak korang touch up then aku capture gambar korang. baru nampak sweet kan !! perhh, aku macam tak sabar pula kan !! haihh !! korang jom laaa !! aku nak sangat doe shooting nie. aku tahu korang mesti nak kan ! aku tahu !! HAHAHAHA. aku hope jadi laa plan aku nie. aku nak buat satu album raya untuk kita !! korang, ON tau !! on laa !! aku excited gila niee !! HAHAHHAHA. aku nak try aku nya photography laa. aku nak buat betul2 ! support lah aku weyh !! eh eh eh?! papehal, inform aku okay !! eee, gila seronok aku kalau dapat shoot camnie !! minta minta lah jadi kan planning aku nie !! insyaAllah !! yeayyy !!

19 July 2011

Muka Azab ! HAHAHA

tadi aku keluar dengan member aku. macam biasa lah kitorang kalau cuti kan. mesti lepak sama. walaupun pegi minum je. mesti nak jumpa kan. itu lah untung nya ADA KAWAN. kita kalau PANDAI HARGAI KAWAN, KAWAN AKAN HARGAI KITA. haa, camtuh laa baru best kan ! HAHAHHAA. aku kawan bukan setakat kat dalam uitm je. kawan sana, sana jelaa. kawan kat JB nie tetap didalam hati okay ! kau ada ?! HAHAHA. tade kan ! HAHAHA. DORANG DAH LEKAT DENGAN AKU DAH LAMA DAH. KAU ADA? HAHAHAHA. ehh, merepek lah aku nie ! HAHAHA

dalam tengah lepak lepak tuh, gelak sana sini. sampai orang tengok je kita dok gelak kuat kuat kan. malu aku ! HAHAHA. tapi ADA AKU KESAH? aku bahagia okay ! KAU ADA? KAU MAMPU? HAHAHAH. haa, statement kan !! peduli apa aku orang nak tengok. KORANG JEALOUS KAN AKU ADA KAWAN MACAM TUH. KAWAN YANG HAPPY GO LUCKY !! KAWAN YANG SELALU LEKAT DENGAN AKU !! KAU?? HAHAHAHA. pastuh kan, boleh plak cter pasal sorang mamat nie. tiba tiba member aku cakap pasal die. cakap muka die azabb !! muka die B**** !! HAHAHAHAA. bapak arr, aku gelak besar sial !! HHAHAHAHA. tak boleh blah !! dengan die nye tteeeeeetttt !! HAHAHAHA. aku mampu gelak saja !! HAHAHA. pastuh taste nak HOT HOT !! weyh, cermin ar diri sikit weyh !! kau tak cantik laaa !! HAHAHA. azab macam teeeetttt !!! HAHAHAHAH. dah dah, pecah perut aku dok gelak je !! dosa okay !! HAHAHAHAH. tapi memang betul pun !! HAHAHAHHAAHA. okay, dosa ! bye !! HAHAHAHHA

17 July 2011

Benci

Ini adalah entry terakhir aku pasal mereka. aku mengaku memang aku sangat kecewa dengan apa yang dah die buat kat aku. sangat luka doe !! kawan yang aku dah anggap macam family aku tikam belakang aku. perhhh ! parah doe aku !! sumpah aku kecewa ! ayat tak boleh blah ! HAHAHA. tapi betul lah ! aku kecewa dan sangat marah. tapi lama lama nanti aku cool laa. orang tengah marah kan, biasa lah. tapi aku cakap kan, aku tak benci die. sebab aku tanak benci die. korang nak tahu, aku nie suka benci orang aw, tapi lastly orang yang aku benci tuh jadi kawan aku. jadi kawan mesra aku ! perhh, tak boleh blah kan ! dah banyak kali bende nie berlaku. lagi lagi kat dalam uitm nie. banyak orang aku benci, tak suka dengan dorang. tapi dorang jadi kawan aku !! HAHAHAHA. haa, padan muka aku kan ! nak sangat benci orang. orang yang aku tak benci tuh laa yang tikam belakang aku. yang jahat dengan aku, haihhh. apelaa nasib aku nie. tapi nie betul, aku seihklas hati cakap yang aku tade benci kat Ershad. sebab aku tanak jadi kawan dengan die lagi. sebab tuh aku tanak benci die. memang die adalah orang pertama yang telah memecah rekod aku. rekod yang aku nie tade bekas kawan. tapi die adalah orang pertama yang tersenarai dalam list bekas kawan aku. aku harap ini yang pertama dan yang terakhir. jangan lah ada lagi kawan aku yang masuk daftar dalam senarai itu. aku tak sanggup dah. biar lah die sorang. actually aku pun tak redha, tapi keadaan yang memaksa aku untuk aku melakukan macam tuh. aku memang tak suka bende nie berlaku aw. tapi dah banyak usaha aku buat, tapi sama juga. aku tatahu nak buat apa lagi dah sekarang. aku pasrah saja. tapi itu laa, aku memang tade benci die. sebab aku tanak benci die. biar lah aku suka die. bila aku benci die, die akan jadi kawan aku kan. baik aku tak benci die. sebab aku dah macam serik kawan dengan die. ntah lah. aku phobia sangat ! sebab aku tanak jadi macam apa yang dah belaku aku dengan die. aku sangat tanak bende itu terjadi !! tanak sangat ! aku harap die paham dengan keputusan aku. aku hormat dengan keputusan die yang nak putuskan kawan dengan aku. jadi aku harap die hormat dengan apa yang aku buat sekarang nie. die tahu aku tanak putus kawan, tapi die yang nak. jadi aku terima dengan seadanya. dan Ershad, sekali lagi aku minta maaf dengan apa yang buat kau sakit hati dengan aku selama nie. sorry mention nama kau kat sini. okay. mulai hari nie, tengah cuti mid term nie, aku nak cuba lupakan nama die dan die. aku nak mulakan hidup dengan suasana yang baru dan baik, aman. no fighting, no enemies. just be friends with me. thats all. as simple as that. okay, lupakan yang keruh, ambek yang jernih. you can do it Fiqri !! yeayyy ! HAHAHAHA.

09 July 2011

Update Blog

aku akan update blog ini masa cuti nanti. sebab nak 'susun ayat' untuk entry yang KEBABOOOMM !! HAHAHAHA

TUNGGU KEMUNCULAN NYA !!

02 July 2011

Phobia and Trauma

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul. supaya apabila kita akhirnya berjumpa dengan insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. akak aku cakap, kawan dgn org baik kita akan dapat tempias kebaikan kwn kita tu tp klo kita kawan dgn org yg kurang baik tempias kejahatan tu akan terkena pada kita. Kata kata ini sangat bermakna bagi aku. dengan apa dah terjadi kat aku sekarang nie buatkan aku jadi PHOBIA dan TRAUMA hendak berkawan dengan orang yang baik dengan aku. okay, terus terang adam sangat baik dengan aku. die aku kenal baru sem nie. die banyak tolong aku dalam aku tengah susah. die selalu buat aku ketawa. tapi aku ada cakap dengan die yang aku takut bila ada orang baik dengan aku sekarang nie. aku berhati hati. then die terasa dengan aku sebab die ingat aku tak ikhlas nak bekawan dengan die. die ikhlas tolong aku. katanya. die pernah teman aku sampai pukul 4 pagi. padahal esok masing masing ada kelas pukul 8. die pernah cakap semua apa yang die buat kat aku. die buat aku serba salah sangat. aku macam serba salah layan die macam itu. tapi terlalu cepat bende nie berlaku. aku PHOBIA !! aku TAKUT !!aku TAKUT bende yang dulu tuh terjadi lagi !! AKU SANGAT TAKUT !! die banyak makan hati dengan aku. aku salah sangat dengan die. adam, aku minta maaf buat kau camnie. layan kau camnie. aku bukan tak ikhlas tak kawan dengan kau. tapi aku cuma nak berhati hati. aku harap sangat kau paham. aku suka kawandengan kau. aku minta maaf buat kau terasa dan kecik hati.
masa aku baca komen komen nie kan, aku rasa macam aku nie dipersendakan sangat. macam aku nie satu bahan lawak untuk dimalukan. aku sangat malu masa nie. dorang ingat aku nya minta maaf satu bahan lawak yang boleh dipermainkan? dorang buat aku nie macam apa !! aku sangat kecewa sangat dorang memalukan aku kat dalam Facebook. aku tade nak malukan dorang kat orang lain. masa nie Adam datang bilik sebab aku suruh die datang. aku dah tatahan nak tahan nangis. die dah tido sanggup datang nak tolong aku. die suruh sembahyang istiharah untul dapatkan petunjuk. die, teha, lin dila, aiman selalu sokong aku. sumpah aku malu sangat ! then malam tuh juga aku sembahyang istiharah untuk minta Allah kasi petunjuk kalau betul die betul kawan aku, beri lah petunjuk yang baik tentang die. tapi kalau die bukan kawan aku, berilah petunjuk yang tak baik tentang die. Alhamdulillah aku dapat petunjuk itu. 2 malam aku mimpi buruk tentang die. aku tanak cter apa yang aku mimpi itu. tapi dengan mimpi aku itu, aku percaya yang Allah memang sayangkan aku. ternyata die bukan kawan yang sesuai untuk aku. aku mimpi buruk pasal die. die tak layak nak berkawan dengan aku.sebab die tak pandai nak hargai aku sebagai kawan die. jadi sekarang, aku dapat lupakan die sebagai kawan aku sebelum nie. aku tak menyesal berkawan dengan die sebelum nie, tapi aku kesal dengan perbuatan die kat aku. die macam tak kenal aku langsung. jasa aku tak dihargai langsung ! dan aku minta kat Allah supaya jauhkan die dari aku. dan juga aku minta kat Allah supaya kasi die petunjuk. aku tak buka mulut lagi pasal die. rahsia die masih aku pegang. aku tanak buat perangai aku yang dulu. adik aku, peah menangis dengar cter aku nie. dorang tak sangka aku terkene macam nie. tapi nak marah pun tak guna kan, orang dah benci. tapi aku tade benci kawan kawan aku. aku selalu minta maaf kat dorang. tapi dengan apa yang terjadi kat aku sekarang nie membuat aku lebih matang, berani dan llebih berhati hati. aku tanak die minta maaf kat aku. sebab aku susah nak maafkan die buat masa sekarang nie. sangat dalam luka aku nie. aku tak dapat nak lupakan apa yang die dah buat kat aku. tak sangka orang kampung macam nie perangai die. maybe tak semua orang kampung macam nie. tapi memang aku seumur hidup 20 tahun nie aku tak pernah ada kawan kampung macam die. bukan nak menghina, tapi aku malah nak berkawan dan cuba paham keadaan die. tapi aku nya niat disalah paham kan. aku tak pernah kene macam nie. aku tak pernah tak dihargai kawan kawan aku. die adalah yang pertama dan yang terakhir aku rasa. aku nak cakap yang aku nak pastikan yang seluruh keturunan aku, anak bini, cucu cicit aku takan ada kaitan dengan anak bini, cucu cicit die. kalau family die dan aku, aku tade masalah. tapi keturunan aku dengan keturunan die takan ada pape kaitan. itu jaminan aku ! aku cuma kecewa dengan die. die tak kenal aku langsung ! terima kasih lah kawan. dan aku bersyukur diberi peluang untuk aku berkawan dengan orang yang tatahu nak hargai jasa kawan die. sikit pun tatahu nak nilai jasa kawan die. dan aku percaya ada hikmah semua nie berlaku. dan sekarang nie aku nak lupakan die selamanya dan buka buku baru. aku minta kat Allah supaya sesiapa yang berkawan dengan aku, Allah redha kan persahabatan kami nie. kekalkan dan rahmatilah persahabatan kami. thanks a lot to all my friends yang banyak bantu aku dalam hal aku nie. amir botak, adam, aiman, lin, teha. dila, una, ameer, banyak lagi laa. terima kasih banyak banyak ! peah pun selalu ada dengan aku. terima kasih peah. hope sangat bende nie adalah yang pertama dan yang terakhir. aminnn.


* actually aku nak tulis lain tau, ayat yang 'panas panas' tau. tapi aku pk pk balik, aku tak sampai hati. aku masih pk dorang kawan aku even dah jadi cmnie. ntah laa. aku tanak sampai putus kawan tau. itu bukan cara aku berkawan. aku pegang kata kata nie, kau jangan balas apa yang dah dorang buat kat kau, kalau kau balas juga, kau pun sama macam dorang, tade beza sikit pun. jadi, aku pegang dengan kata kata nie. aku dah baik. aku minta maaf kat sesiapa yang aku dah susah kan korang dalam hal aku nie. aku minta maaf sangat sangat ! yaAllah, lupakan die dalam fikiran aku nie SELAMANYA ! aku tanak bende yang sama berulang lagi. jauhkan die dari aku. aku takut, phobia dan trauma dengan orang baik dan pendiam. *