penyebok

01 January 2012

tahun baru lagi ?

hai, semua orang dalam Facebook cerita pasal tahun baru. semua wish tahun baru. azam baru laa. itu laa, ini laa. semuanya nak yang terbaik untuk tahun nie. yee, aku pun mengharap benda yang sama. mengharapkan tahun nie lebih baik daripada tahun lepas.

tahun lepas memang banyak dugaan yang aku terima. aku redha dengan ketentuan Illahi. tak perlu nak persoalan kan kenapa semua itu berlaku. sudah semestinya ada hikmah disebalik kejadian itu berlaku. dan aku percaya ada hikmah akan berlaku atas semua yang terjadi. banyak bende aku kene lupakan dalam ingatan aku. aku dah tanak bende alah tuh ada lagi dalam ingatan aku.

1 - pergaduhan dengan kawan-kawan.
2 - suka dengan orang yang tak pasti kewujudannya.
3 - salah faham dalam persahabatan.
4 - merindui sidia yang penipu.
5 - pembelajaran yang merosot.

itu semua WAJIB aku buang kan dalam diri aku. aku nak hapuskan segalanya. aku tanak bebankan dalam fikiran aku lagi. lagi-lagi merindui sidia yang penipu. itu sangat penting bagi aku untuk melupakan sidia. sebab rindu itu sakit. sakit tuh perasaan. paham??

so, what i want to achieve for this year is??

kita lihat apa yang akan belaku. aku tak berani nak kasi apa-apa harapan selagi aku tidak ubahkan diri aku yang semakin lama, semakin teruk. 1st aku kene buat ialah, UBAH PERANGAI AKU. UBAH CARA HIDUP AKU. UBAH SIKAP AKU ! itu yang aku nak perlu lakukan dalam tahun ini. selainnya, biar masa yang menentukan. mungkin aku tak hidup lama. siapa tahu kan? sebab tuh aku tak mahu nak katakan apa azam aku untuk tahun ini. selagi ada nafas, selagi tuh aku akan berusaha untuk mengubah diri aku kearah yang lebih baik.

kepada kawan-kawan aku yang pernah aku gaduh, aku minta maaf atas kesilapan aku, keterlanjuran aku, kebiadapan aku, keceluparan aku terhadap korang. itu yang aku mahukan untuk aku terus bahagia tanpa ada yang berdendam dengan aku. aku minta maaf dari hati aku. aku harap sangat korang dapat maafkan aku.

sidia, aku minta maaf sebab masuk dalam hidup kau untuk 2 tahun yang lepas. tak sedar kita dah kenal salama 2 tahun lebih. aku ingat lagi masa perkenalan pertama kita dulu. tapi itu aku kuburkan kerana ia menyakitkan hati aku. kata kau kepada aku, kau tak laksanakan. semua nya tipu. tapi itu hak kau untuk melakukan apa ke atas aku yang selama ini menemani kau. tika kau sedih mahupun gembira. tapi kau tak hargai aku. it's okay laa. aku tak ambek hati. hati manusia kan, siapa yang tahu. tapi aku ucap sangat terima kasih sebab kasi aku kenal diri kau dan merasai apa itu kerinduan. thanks so much.

all my friends, aku harap persahabatan kita tahun ini akan menjadi seperti biasa malah lebih akrab aku harapkan. aku berdoa agar persahabatan kita kekal selamanya. semoga Allah memberkati persahabatan kita okay ! love you all !

to my family, only Allah know what my feels is. aku berserah kepada Allah untuk menentukan aku. semoga Allah membantu aku dalam proses kebaikan aku. aminnn.

Selamat Tahun Baru 2012 :D

01.Jan.2012