penyebok

25 January 2013

Lagu Hidupku

aku Jatuh cinta lagi. ku inginkan cintaku Biarlah rahsia. aku malu dengan itu. adakah ini dinamakan Cinta??  Kasih Tercipta dalam diriku bukan dipaksa-paksa. tapi ikhlas menyayangimu, Ikhlas Merinduimu. aku ingin Menatap Matamu. kerna aku fikirkan Kau Kekasih Awal dan Akhir aku. dulu kurasakan aku tiada cinta dalam diriku. tapi setelah kau muncul dan aku mengenalimu, aku rasa Ada Cinta dalam hidupku. Cinta yang lahir Dalam Hati ini. Naluri Lelaki ku yang ingin berjaya dalam cinta kini tinggal Harapan. harapan yang hanya Bertamu Dikalbu. harapan yang kini tinggal dalam Kenanganku. Ku Ingin Kamu. Percayalah. Aku Rindu, Sayang Kamu. Bila Terasa Rindu, ku sebutkan namamu. Bila rasa Rindu, terkenang mu sayang. Tak Mungkin ku lakukan semua ini Kerna Sayang aku. Kerna Aku Sayang Kamu. dengan Ketulusan Hatiku, ku luahkan menjadi Luahan Hati ku. Seribu Tahun ku menyayangi mu. cinta ku bukan jenis Pakai Buang. mahupon bukan diatas kertas. tidak ku mahukan kau pergi dariku. Jangan Kau Lepaskan ku sayang. Jangan Kau Pergi tinggalkan ku. Jangan Kau Ucapkan Selamat Tinggal kepadaku. dan Jangan kau Menangis Sayang kerna ku. aku butuhkan dirimu. aku tahu Bukan Diriku yang layak mencintaimu. menyayangi mu. dan juga merinduimu. aku tahu Aku Bukan Untukmu. memang Khilafku mempunyai perasaan itu semua kepada dirimu. memang salahku, maafkan lah diriku. Memori yang Tercipta antara kita walaupon sebentar kini tinggal sebagai Kenangan Terindah buatku. Aku Takkan Melupakanmu. walau seribu tahun pon. aku takkan melupakan. kini ku Meraung kesepian, kesedihan merindui mu. Kerna Aku Sayang Kamu. akhirnya, aku masih mahukan mu. Aku Perlu KamuKu Ingin Kamu sayang. tidak aku mahukan Perpisahan. tetapi,, selamat tinggal pada kenangan. selamat tinggal pada igauan. terima kasih aku ucapkan. untuk percintaan ini. aku Mungkir untuk Bahgia kan dirimu. maafkan diri ini. insan yang bodoh mengenai cinta. 

18 January 2013

I Really Miss You :(


Ya Allah, aku sangat rindukan waktu ini !
Dapatkah aku kembali pada waktu ini?
oh, aku sangat merindukannya.
feel like wanna hug you.
come back to me and please don't leave me again.
I really needs you.
oh, my darling slim body, please come back okay.
I promise that I do not waste you again.
huaaaa...huaaa..... :'(








13 January 2013

Inilah Dugaan

saat aku melihat dirimu,
aku takut untuk mengenalmu.

saat aku mengenal dirimu,
aku takut untuk menyukaimu,

saat aku menyukai dirimu,
aku takut tidak dapat memilikimu.

dan saat aku memilikimu,
aku takut sekiranya aku harus kehilangan dirimu.


p/s : baca dengan penuh kesyahduan, penghayatan, kerinduan, kenikmatan
       kecintaan, kejiwaan dan kalau boleh, nangis sekali. hehehe





YA ALLAH.

ingin kuhentikan langkah ini.
bagaikan tak mampu untukku bertahan.

semangat tenggelam.lemah daya.

haruskan aku mengalah.namun jiwa kuberbisik.inilah dugaan.

Ya Allah engkau kuatkan hati ini dalam menempuh sedikit ujian yang Engkau berikan padaku.. Berikanlah aku ketabahan, kesabaran, kekuatan untuk menghadapinya. Aminnn ...


12 January 2013

Masihkah ada peluang untukku melafazkan cinta?


Debar hatiku
membisik rindu
Ingin aku katakan
kaulah idaman hati ku

Adakah mungkin
kau kumiliki
Untuk aku jadikan
insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar
lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan
santun perkataan

Bagai putih salju mendinginkan
hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam
ucapan mesra
dan merisik khabar berita

Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

p/s: Adakah masih ada peluang?
Untukku melafazkan cinta itu? emm pasrah..lah
Qie takut bertepuk sebelah tangan.. huh..

07 January 2013

I Love Do Bakery :)

Kek Pelangi hasil air tangan aku. walaupun tak berapa nak menjadi. tapi okay laa.
abang aku cakap macam kek betul laa. okay laa kan. butter cream tu pun aku buat sendiri.
akhirnya tahu juga buat buttercream tu. tahniah Fiqri ~!
Banana Muffin katanya. menjadi dan kawan aku Faris dah merasmikan untuk merasanya.
banyak je aku tengok dia makan. hahaha. sedap kot. HAHAHA.
bosan-bosan kat rumah buat laa aktiviti yang berfaedah katanya. 
tapi mak aku bising sebab asyik makan butter je. GEMOK katanya.
tapi aku berhasil membuat kek dengan hasil tangan aku sendiri. 
aku suka dengan apa aku buat sekarang nie. nak order, tanya laa Fiqri. HAHAHAHAHHA

06 January 2013

Besarnya Pengorbananmu, Ayah.

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

- copy paste AG

03 January 2013

UNTUKMU SAHABAT



Sahabat,
Aku sayang kau, kerana itu aku bicarakan

Rasa resah dalam jiwa ini,
Anak mataku dalam sepi memerhati,
Inginku luahkan, inginku laungkan sekuat hati,
Wahai sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya aku tahu,
Kebahagiaan fatamogana yang tak pasti yang kau dambakan
Ya aku mengerti,
Puji insan yang tak kau cintai dan tak kau kenali
jadi garis pandu hidupmu

Tidakkah tergetar
Tidakkah tercelar
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih tuhanmu
yang rindukan taubatmu
Rindu pada basah bibirmu
Mengesakan Yang Esa
Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka, marilah kembali
Sudah jauh tersasar santun lidahmu, marilah kembali

Tiada dayaku melainkan kata,
Walau kadang kau punca mataku berkaca
Cinta pada sahabat melangkaui segala
Dalam resahku memerhati
Pada satu nafas yang dihembus sia-sia
Aku ingin bersamamu di Firdausi
Tasnim di lidah dan kesyukuran tak berhenti

SAHABAT,
Lepaskan syaitan di hatimu
Biarkan fana jahiliyah yang menggoda, menangisi dan merindukanmu
Kerana kau SAHABAT dicipta untuk lebih daripada itu :)