penyebok

03 August 2011

A for Adam

Sabtu - 30072011

Sebelum aku nak cerita pape pasal Adam, pertama sekali aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kat Adam sebab sudi nak berkawan dengan aku. banyak bende dah die buat untuk aku. aku nak cakap kat korang yang die sangat baik ! aku rasa korang pun tade kawan baik macam die. serius sangat, die memang baik dengan kawan kawan die. die sangat caring dengan kawan kawan die. lagi lagi dengan kawan baik die. actually die dah anggap aku sebagai kawan baik die. best friend die. aku tatahu kenapa die nak jadikan aku sebagai kawan baik die. padahal aku layan die sangat teruk. selalu buat die touching dengan aku. buat die marah. sampai nak die nak tumbuk aku. jahat ann aku dengan die. ehh, aku tanak cakap aku jahat, nanti die marah. die pantang cakap diri sendiri jahat. sorry Adam. HAHAHAHA. die orang kelantan. seumur hidup aku, aku tade kawan dengan orang kelantan. die lah orang pertama kelantan yang aku kenal. korang paham paham kan kenapa dengan kelantan. tapi aku dah salah tafsir dengan orang kelantan. rupanya orang kelantan baik orang nya. aku suka kawan dengan die. die pernah demam disebabkan aku. sebab temankan aku lepak kat bawah kolej sampai pukul 4 pagi. esoknya die batuk batuk dan demam. tapi baru beberapa hari lepas die cakap dengan aku yang die demam masa tuh. aku tak sangka die sanggup buat camtuh demi aku. tade lagi member aku yang sanggup buat aku camtuh setakat nie. die je yang dah buat. aku sangat terharu. bukan aku minta, tapi aku rasa korang paham maksud aku kan. padahal aku layan die sangat teruk. aku minta maaf arr Dam. lepas nie aku takan buat camtuh lagi. kesian die. dan lepas nie aku nak jangan selindung dengan aku lagi. aku harap sangat Dam.

banyak perkara yang die buat untuk aku. masa aku upset pun die yang tolong gembirakan aku. sampai aku tak layan die pun die marah aku. HAHHAA. aku dengan die sangat berbeza. banyak bende yang buat aku terharu dengan die. die kene marah dengan awek die pun sebab aku. die kene marah dengan roomate die pun sebab aku. semua sebab aku. aku tanak buat sampai roomate die tak suka kat aku. aku serba salah sangat dengan roomate die. selalu kacau Adam. bukan aku tanak lepak dengan kau, aku rasa kau paham kan. sebab apa aku buat camtuh. tapi Adam yang nak lepak dengan aku. sebab kita satu kepala ! best !! HAHAHA. ada cerita yang aku rasa tak perlu aku nak share kat sini. demi nak jaga hati die. kalau aku nak cerita die semuanya, memang tak habis laa kan. aku nak letak gambar masa kite celebrate our friendship last saturday. tengok dulu yee :)



Hanya Allah je tahu apa yang aku wish untuk
friendship aku dengan die.




okay, nie sebahagian daripada gambar yang kitorang ambek. tapi Adam tak kasi letak gambar gambar tuh. aku kene jaga hati die. sebab die jaga hati aku. aku syukur sebab Allah kasi die sebagai kawan aku. kawan yang jauh lebih baik daripada yang sebelum nie. kat dalam uitm laa. Allah kasi yang lebih baik. yang boleh hargai aku. yang tahu erti sahabat. dan Adam bukan kampung. HAHAHAA. oppsss. aku tak kesah kalau korang cakap kitorang nie macam apa, tapi yang pasti cuma aku, die dan Allah je tahu. lagi lagi stalker aku tuh. aku tahu ada orang yang busybody pasal aku lagi. mesti ada yang bawa mulut pasal aku dengan Adam. lantak lah. yang penting aku dengan Adam BAHAGIA okay ! HAHAHA. baru sekarang nie aku rasa die adalah sahabat baik aku. bukan setakat kawan, tapi sahabat baik aku. aku sangat terharu apa yang die buat kat aku nie. kitorang beli kek untuk sambut hari perkenalan aku dengan die. dah masuk 2 bulan aku kenal die. baru lagi kan. tapi aku harap sangat aku dengan die macam aku baik dengan kawan kawan aku kat JB tuh. rapat dan mesra macam dorang. aku harap sangat. aku tanak aku dengan Adam kawan sampai sini je. aku nak sampai bila bila. cuma Allah je tahu niat aku dengan niat Adam. terima kasih Adam. nanti aku akan buat plan yang satu lagi tuh. eh eh eh? HAHAHA. aku tanak korang salah sangka aku dengan die okay, itu je aku minta. aku dengan dia BEST FRIEND FOREVER !! tapi aku takesah kalau ada mulut yang salah anggap aku dengan die nie. aku paham. tapi biarlah aku dengan die tahu apa yang kami buat. cuma 1 je aku nak dari kau Dam, aku harap sangat kau terima aku seadanya dan jangan buat macam aku pernah kena dulu tuh. kau tahu kan camner aku macam dulu tuh. aku tahu kau paham kan maksud aku. itu je aku mohon. jangan benci aku, itu saja. pastuh sem depan die last kat Uitm. die dah part6. lepas nie dah tak jumpa dah. melainkan aku kat uitm shah alam. itu pun kalau jumpa kan Dam. mesti aku rindu kau nya. rindu aku lepak dengan kau sampai kau demam. HAHHAHAA. Dam, jangan lupa aku aw. ingat cakap aku, JANGAN LUPA AKU. tau?! aku tunggu kau tegur aku baru aku tegur kau. asyik aku je tegur kau. kau tak tegur, aku touching dengan kau. :P (tak lupa juga kat izul, thanks very much :))

*aku cerita pasal die bukan ada niat apa apa. aku hanya nak kawan kawan aku tahu aku berkawan dengan siapa sekarang nie. aku kawan dengan seorang kawan yang sangat baik. aku cuma nak share apa yang aku rasa dengan korang. korang pun patut kawan dengan die. okay :)