tetapi aku sudah berani mengatakan hal cinta didalam penulisan aku sejak-sejak ini. adakah aku semakin hampir dengan cinta itu? tetapi sehingga kini aku masih tidak menemuinya. aku hanya merasakan aku ingin ada cinta. tiada seorang kawan aku yang aku berani untuk menyatakan hal cinta ini. apakah itu cinta? dimanakah cinta? layakkah aku untuk bercinta? cinta yang dimaksudkan aku bukanlah cinta sama keluarga, sama sahabat. bukan, ini adalah cinta yang dimaksudkan aku ... ahh, aku tahu kalian mengerti akan maksud aku. aku merasa segan. hehee.
kenapa sejak belakangan ini aku dibuai dengan perkara cinta? semuanya berkaitan dengan cinta. aku ada satu cerita untuk dikongsi. tetapi bukan lah hal cinta sebenar. tetapi tentang aku dan kawan aku. yee, aku tahu aku adalah seorang kawan yang kalian nampak macam susah untuk dipercayai. aku bukan seorang kawan yang baik. mulut aku bukan yang terbaik. tapi salahkah aku untuk memberi pendapat tentang cinta yang aku paham. kenapa perlu perasan cinta kau dirahsiakan oleh sesiapa? bahkan dengan gadis itu juga. selepas balik dari keluar bersama mereka, aku memikirkan apa yang aku katakan kepadanya. mungkin aku tidak layak untuk menasihat kau tentang hal cinta. ini disebabkan kau tahu kisah silam aku. kisah silam aku yang aku mahu lupuskan nya. yee, aku tahu aku khilaf tentang cinta. aku jahil dalam perkara sebegini. tapi salahkah aku untuk ... ahh, aku hanya mahu kau untuk tidak syok sendiri. aku mahu kau berani dalam hal ini. aku tidak mahu kau memendam perasaan cinta kau kepadanya lagi. kerana ia amat menyakitkan kau bukan? jadi, buat apa kau menyakitkan hati kau kerna dia? dan sampai bila kau mahu begini? jangan biarkan ia menjadi satu mimpi ngeri. jadikan ia satu impian yang realiti. aku minta maaf atas kelancangan mulut aku waktu itu. aku sedar akan siapa diri aku. aku minta maaf.
bersambung ...