penyebok

02 July 2011

Phobia and Trauma

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul. supaya apabila kita akhirnya berjumpa dengan insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. akak aku cakap, kawan dgn org baik kita akan dapat tempias kebaikan kwn kita tu tp klo kita kawan dgn org yg kurang baik tempias kejahatan tu akan terkena pada kita. Kata kata ini sangat bermakna bagi aku. dengan apa dah terjadi kat aku sekarang nie buatkan aku jadi PHOBIA dan TRAUMA hendak berkawan dengan orang yang baik dengan aku. okay, terus terang adam sangat baik dengan aku. die aku kenal baru sem nie. die banyak tolong aku dalam aku tengah susah. die selalu buat aku ketawa. tapi aku ada cakap dengan die yang aku takut bila ada orang baik dengan aku sekarang nie. aku berhati hati. then die terasa dengan aku sebab die ingat aku tak ikhlas nak bekawan dengan die. die ikhlas tolong aku. katanya. die pernah teman aku sampai pukul 4 pagi. padahal esok masing masing ada kelas pukul 8. die pernah cakap semua apa yang die buat kat aku. die buat aku serba salah sangat. aku macam serba salah layan die macam itu. tapi terlalu cepat bende nie berlaku. aku PHOBIA !! aku TAKUT !!aku TAKUT bende yang dulu tuh terjadi lagi !! AKU SANGAT TAKUT !! die banyak makan hati dengan aku. aku salah sangat dengan die. adam, aku minta maaf buat kau camnie. layan kau camnie. aku bukan tak ikhlas tak kawan dengan kau. tapi aku cuma nak berhati hati. aku harap sangat kau paham. aku suka kawandengan kau. aku minta maaf buat kau terasa dan kecik hati.
masa aku baca komen komen nie kan, aku rasa macam aku nie dipersendakan sangat. macam aku nie satu bahan lawak untuk dimalukan. aku sangat malu masa nie. dorang ingat aku nya minta maaf satu bahan lawak yang boleh dipermainkan? dorang buat aku nie macam apa !! aku sangat kecewa sangat dorang memalukan aku kat dalam Facebook. aku tade nak malukan dorang kat orang lain. masa nie Adam datang bilik sebab aku suruh die datang. aku dah tatahan nak tahan nangis. die dah tido sanggup datang nak tolong aku. die suruh sembahyang istiharah untul dapatkan petunjuk. die, teha, lin dila, aiman selalu sokong aku. sumpah aku malu sangat ! then malam tuh juga aku sembahyang istiharah untuk minta Allah kasi petunjuk kalau betul die betul kawan aku, beri lah petunjuk yang baik tentang die. tapi kalau die bukan kawan aku, berilah petunjuk yang tak baik tentang die. Alhamdulillah aku dapat petunjuk itu. 2 malam aku mimpi buruk tentang die. aku tanak cter apa yang aku mimpi itu. tapi dengan mimpi aku itu, aku percaya yang Allah memang sayangkan aku. ternyata die bukan kawan yang sesuai untuk aku. aku mimpi buruk pasal die. die tak layak nak berkawan dengan aku.sebab die tak pandai nak hargai aku sebagai kawan die. jadi sekarang, aku dapat lupakan die sebagai kawan aku sebelum nie. aku tak menyesal berkawan dengan die sebelum nie, tapi aku kesal dengan perbuatan die kat aku. die macam tak kenal aku langsung. jasa aku tak dihargai langsung ! dan aku minta kat Allah supaya jauhkan die dari aku. dan juga aku minta kat Allah supaya kasi die petunjuk. aku tak buka mulut lagi pasal die. rahsia die masih aku pegang. aku tanak buat perangai aku yang dulu. adik aku, peah menangis dengar cter aku nie. dorang tak sangka aku terkene macam nie. tapi nak marah pun tak guna kan, orang dah benci. tapi aku tade benci kawan kawan aku. aku selalu minta maaf kat dorang. tapi dengan apa yang terjadi kat aku sekarang nie membuat aku lebih matang, berani dan llebih berhati hati. aku tanak die minta maaf kat aku. sebab aku susah nak maafkan die buat masa sekarang nie. sangat dalam luka aku nie. aku tak dapat nak lupakan apa yang die dah buat kat aku. tak sangka orang kampung macam nie perangai die. maybe tak semua orang kampung macam nie. tapi memang aku seumur hidup 20 tahun nie aku tak pernah ada kawan kampung macam die. bukan nak menghina, tapi aku malah nak berkawan dan cuba paham keadaan die. tapi aku nya niat disalah paham kan. aku tak pernah kene macam nie. aku tak pernah tak dihargai kawan kawan aku. die adalah yang pertama dan yang terakhir aku rasa. aku nak cakap yang aku nak pastikan yang seluruh keturunan aku, anak bini, cucu cicit aku takan ada kaitan dengan anak bini, cucu cicit die. kalau family die dan aku, aku tade masalah. tapi keturunan aku dengan keturunan die takan ada pape kaitan. itu jaminan aku ! aku cuma kecewa dengan die. die tak kenal aku langsung ! terima kasih lah kawan. dan aku bersyukur diberi peluang untuk aku berkawan dengan orang yang tatahu nak hargai jasa kawan die. sikit pun tatahu nak nilai jasa kawan die. dan aku percaya ada hikmah semua nie berlaku. dan sekarang nie aku nak lupakan die selamanya dan buka buku baru. aku minta kat Allah supaya sesiapa yang berkawan dengan aku, Allah redha kan persahabatan kami nie. kekalkan dan rahmatilah persahabatan kami. thanks a lot to all my friends yang banyak bantu aku dalam hal aku nie. amir botak, adam, aiman, lin, teha. dila, una, ameer, banyak lagi laa. terima kasih banyak banyak ! peah pun selalu ada dengan aku. terima kasih peah. hope sangat bende nie adalah yang pertama dan yang terakhir. aminnn.


* actually aku nak tulis lain tau, ayat yang 'panas panas' tau. tapi aku pk pk balik, aku tak sampai hati. aku masih pk dorang kawan aku even dah jadi cmnie. ntah laa. aku tanak sampai putus kawan tau. itu bukan cara aku berkawan. aku pegang kata kata nie, kau jangan balas apa yang dah dorang buat kat kau, kalau kau balas juga, kau pun sama macam dorang, tade beza sikit pun. jadi, aku pegang dengan kata kata nie. aku dah baik. aku minta maaf kat sesiapa yang aku dah susah kan korang dalam hal aku nie. aku minta maaf sangat sangat ! yaAllah, lupakan die dalam fikiran aku nie SELAMANYA ! aku tanak bende yang sama berulang lagi. jauhkan die dari aku. aku takut, phobia dan trauma dengan orang baik dan pendiam. *

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.