penyebok

20 July 2011

Rindu Senjaku

jam menunjukkan pukul 7.20 malam. aku masih berdepan dengan laptop yang sekian lama tak dimatikan. aku tatahu nak buat apa sepanjang hari. padahal pada hakikatnya kerja sedang menanti aku untuk disiapkan. ntah kenapa aku tiada mood nak buat kerja. aku rasakan ada sesuatu yang sedang menggangu aku. yang buat aku rasa gelisah kerananya.

hari semakin gelap untuk menamatkan 20.Julai.2011. aku sedang dibelenggu kegelisahan. aku dihimpit kerinduan. kerinduan yang keterlaluan. kepada siapa rindu aku? hanya Allah dan aku saja yang tahu kepada siapa rindu aku pergi. aku rindukan mereka. mereka dan mereka. kenapa aku rindukan mereka? kenapa dengan aku? adakah aku bodoh? sahabat aku marah kalau aku cakap aku bodoh depan die. die tak suka. tapi betul katanya. tak elok kan kata bodoh kat diri sendiri.

rindu aku masih ada dalam diri aku. rindu akan kenangan aku dengan die dan mereka. mengapa aku rindu die harinie? haihhh, susah aku nak ungkapkan. nak perkatakan. harini aku nak marah saja walaupun dengan bende remeh temeh. aku rasa macam tak senang. aku rasa macam aku akan menangis malam nie. angin dan irama menunjukan aku akan kesedihan malam ini. kenapa aku harus menangis? menangis kerna apa? adakah kerna aku merindu?

aku masih dalam resah. yaAllah, kenapa dengan aku nie?! apa yang sedang berlaku kat diri aku nie?! apakah salah apa yang aku rasa harini? salahkah aku merindui die dan mereka? kenapa aku sejak sudah bertukar umur, aku semakin sensitif dan jiwang? apakah ini lumrah orang nak meningkat remaja? tapi aku dah penat nak merasakan sebegini punya perasaan. aku kepenatan. aku seperti tidak mampu nak menahannya lagi. sungguh perit aku rasa.

yaAllah, aku mohon pada Kau. bantulah aku dalam mengharungi dugaan Mu. Kau ringankan bebanan aku. Kau permudahkan aku dalam menghadapi segala ujian Mu. sesungguhnya Kau Maha Memberi Pertolongan dan Maha Mendengar. Kau kabulkan hasrat aku ini. Aminnn.

Sesungguhnya Kerinduan ku buat ....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.