penyebok

24 February 2012

Adli rindukan arwah ibu dia

okay, aku tatahu kenapa aku tetiba sedih, sebak bila terbaca post kawan aku, Adli yang rindukan arwah ibu dia yang dah meninggal dunia tahun lepas. masa arwah ibu dia meninggal, kita 1 kelas pegi menziarahi Adli kat rumah dia. A dengan B semua turun. kat situ aku nampak Adli sangat tabah dan tenang dengan pemergian ibu dia. dia masih lagi boleh gelak ketawa bersama kita. bukan kerana dia suka ibu dia dah tade, tapi cuma tidak mahu terlalu nampak yang dia sedang bersedih di hadapan kita semua. aku kagum dengan Adli.

dalam perjalan pulang dari rumah Adli, aku terfikir didalam kereta. bagaimana perasaan aku kalau mak aku yang tade? apa?? mak aku dah tade?? ( yaAllah, jauhkan laa ). apa perasaan aku waktu itu? aku selalu bayangkan kalau mak atau abah aku yang pergi dulu sebelum aku. adakah aku dapat menerima nya? itu lumrah pada semua orang yang tak mahu kehilangan mak/ayah masing-masing kan. semua tanak kehilangan mak/ayah. tapi Allah nak uji keimanan kita. adakah kita nie terima dengan qada' dan kadar Allah? yaAllah, aku tatahu dengan keadaan aku waktu itu nanti.

mungkin Adli malam nie teringat dan rindukan ibu dia. apa perasaan die ehh? macam mana dia nak tempuh perasaan dia yang macam nie? aku yang baru duduk jauh dengan mak abah pun dah rindu tahap apa dah, tapi masih boleh jumpa bila cuti nanti. tapi kalau Adli, kalau dia rindu kan ibu dia, dia tadapat jumpa pun ibu dia masa cuti nanti. macam mana ehh? macam mana dia nak hilangkan perasaan rindu sangat kat ibu dia tuh?? weh, sakit weh rindu tuh. jangan dibuat main-main. boleh jadi gila kot.

macam kawan aku Amir, Dila, Aklep dan siapa lagi kawan aku yang telah kehilangan mak/ayah korang, aku harap korang sabar banyak-banyak. aku tahu perasaan korang. aku pun dapat rasa apa yang korang rasa. aku cuba untuk rasa apa yang korang rasa untuk aku bersiap sedia dihari kelak. yelaa, ajal nie bukan siapa yang tahu. kita tak boleh juga berdoa untuk jangan ambek mak/ayah kita sebab kita tak bersedia lagi. itu semua kerja Allah. Dialah yang menentukan segalanya. tapi kita nie sebagai anak, berdoa lahh untuk kesejahteraan mak/ayah kita. moga mereka dipanjangkan umurnya. sihat selamanya. insyaAllah.

bila bicara tentang ibubapa nie, aku mesti sensitif. mesti berlinang airmata aku. yelaa, siapa je tak sayang mak/ayah kan. mak, abah, qiqi nak minta ampun sekiranya qiqi tak cukup baik untuk menjadi seorang anak yang baik. anak yang taat kepada mak/ayah. anak yang lari dari tanggungjawab sebagai seorang anak. anak yang melawan mak/abah. qiqi minta maaf dan ampun seandainya qiqi tak sempurna menjadi sebagai anak yang mak/abah mahukan. banyak kesilapan qiqi dekat mak/abah. ampunkan qiqi mak, abah. moga mak abah dipanjang kan umur, dimurah kan rezeki dan disihatkan oleh Allah. aminnnn.

yaAllah, ambil lah nyawa aku sebelum Kau ambil nyawa mak/abah aku. itulah hasrat dan impian aku. aku mahukan mereka melihat kejayaan aku dan adik beradik aku yang lain. berikanlah aku berbuat bakti kepada mereka dahulu.

*qiqi sangat rindu dan sayangkan mak dengan abah :)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.