penyebok

04 April 2010

Kau Sahabat, Kau Teman Sejati.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini mengenangkan dikau,
Kau sahabatku, kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu,
Luhur budimu,
Bagaikan tiada pengganti.
Senyum tawamu,
Juga katamu,
Menghiburkan kami,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabatku, kau teman sejati.

Sudah di takdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan,
Sedih rasa hati ini bile mengenangkan,
Kau sahabatku, kau teman sejati.

Ya Allah,
Tempatkannya ditempat yang mulia,
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hambaMu,

Sahabatku,
Akan ku teruskan perjuangan ini,
Walauku tahu kau tiada disisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh dijasad, hidup diteruskan,
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
Bagai semalam kau bersama kami,

Moga amanlah,
Dan bahagia,
Dikau disana,
Setangkai doa,
juga Fatihah terus ku kirimkan,

Moga disana,
Kau bersama para Solihin,
Kau sahabatku, kau teman sejati.

Selamat tinggal sahabat ku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.